Thursday, September 29, 2005

Cucur (cucuq) Ikan

Bila dah beralih umur kata orang, ikan yang besar-besar dah rasa tak sedap. Rasa nak makan ikan yang kecil-kecil. Mak aku selalu tanya ada tak ikan Selangat atau ikan kedera kat pasar. Jadi kalau ada ikan-ikan yang kecil aku selalu lah beli. Salah satu yang ini lah.Ikan ni yang aku tahu nama dia ikan biji nangka. Entah betul entah tidak aku pun bukan tahu sangat nama-nama ikan ni. Murah ikan ini sebab jarang orang beli.RM2 saja sekilo.Memanglah leceh nak siangkan ikan ni tapi bila kena gaya memang sedap. Resipi ini simple saja.

Image hosted by Photobucket.com

Ikan di bersihkan, potong sikit kat ekor tarik ekor dengan tulang-tulang sekali.

Image hosted by Photobucket.com

Perap dengan serbuk lada putih, garam dan kunyit.

Buat "batter" macam yang nak goreng pisang tu. Caranya gini:-

Campurkan tepung beras 1 cawan dengan sedikit (1/2 cawan) tepung gandum. Masukkan sedikit kapur, yang orang buat makan sireh tu lah (secubit saja). Masukkan air sedikit demi sedikit supaya tidak menjadi terlalu cair.
Celupkan ikan yang telah di perap tadi dan gorengkan dalam minyak yang telah dipanaskan.


Image hosted by Photobucket.com
Ini lah hasilnya. Boleh di makan dicicah dengan sos.
Senang dan sedap.

Thursday, September 15, 2005

Terubuk Belah Belakang

Image hosted by Photobucket.com

Bahan-bahan

1 ekor ikan terubuk yang telah disiang, dan di belah belakang (Suruh orang kat pasar lah belahnya, pisau depa tajam).
Garam
Serbuk kunyit
Asam jawa

Perap/lumur ikan terubuk yang telah bersih dengan garam, serbuk kunyit dan asam jawa.
Perap lebih kurang 1/2 jam.

Untuk sambal

10 tangkai atau lebih cili kering
2 - 3 biji cili merah kalau suka
3 sudu sos cili
1 sudu sos tiram
1 sudu kicap pekat
2 sudu serbuk belacan (belacan yang dibakar atau digoreng tanpa minyak dan di lenyek sampai menjadi serbuk)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang besar
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak sambal

1. Blend cili, bawang merah, bawang putih dan belacan.
2, Panaskan sedikit munyak di dalam kuali
3. Masukkan bahan-bahan yang diblend ke dalam kuali yang panas tadi.
4. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap pekat
5. Tambahkan sedikit garam dan gula
6. Potong bawang besar mendadu dan masukkan ke dalam sambal
7. Goreng sambal sampai naik bau dan warna bertukar menjadi merah hati.
8. Angkat dari api, masukkan sambal ke dalam badan ikan yang di perap tadi
9. Goreng ikan ( deep fry ) sampai ikan garing atau masak
10. Oleh kerana ikan telah di perap dengan asam, kulit ikan akan menjadi hitam semasa menggoreng. Jadi hati2 jangan sampai menjadi arang.
11. Angkat dan hidangkan.

Itu je lah. Senang saja kan?

Sunday, September 11, 2005

Gulai Ketam

Image hosted by Photobucket.com

Hari tu korek archive AdieJin dia ada entry titled Gulai Ketam. Aku dah lama nak bubuh resipe ni tapi teralit dengan resipe lain. So here goes.

Bahan-bahan

1 kg ketam
1/2 biji nenas
3 sudu rempah kari ikan
1 cawan santan pekat
3 cawan air
1 keping asam keping
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
garam secukup rasa

Untuk menumis

6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu jintan manis
2 tangkai daun kari

Cara memasak

1. Cuci ketam
2. Kupas nenas dah hiris nipis memanjang atau leper
3, Masukkan ketam, nenas, asam keping, garam, halia dan serbuk kari kedalam periuk. Masukkan sedikit air ke dalam periuk ini untuk melarutkan rempah kari
4. Masak bahan di atas sehingga rempah agak kering. Jaga jangan sampai hangus rempah tu, api janganlah terlalu kuat.
5. Masukkan santan ke dalam periuk bersama air. Adjust sendiri kepekatan kuah kari tu.
6. Kacau kuah semasa mendidih supaya santan tak berketul.
7. Bila dah mendidih kuah kari tu boleh lah angkat dari dapur.
8. Kemudian tumis atas darat menggunakan bawang yang di mayang halus, jintan manis dan daun kari.
9. Goreng bahan-bahan menumis di dalam kuali, apabila bawang dah garing, masukkan minyak panas dengan bahan tumis tadi ke dalam periuk gulai ketam tadi. Tutup buat seketika, kemudian baru di ceduk ke dalam mangkuk.

Cubalah, kalau menjadi habaq mai sini OK.

Tuesday, September 06, 2005

Pelbagai Sambal Belacan

Tak tahu lah samada pernah makan sambal-sambal belacan yang akan aku bagi resipinya di sini. Buat masa sekarang tak ada gambar sebab yang selalu buat tu yang pertama saja, yang lain tu jarang-jarang ikut keadaan dan apa yang dimasak pada hari itu. They are all my favourites actually. Oleh kerana last entry adalah mengenai ulam-ulaman, kali ni nak bagi sambalnya pulak lah. Nanti ada pulak yang kata, tak kan sambal belacan pun tak reti nak buat. Tapi jangan suprise mesti ada yang tak tahu nak buat, especially anak-anak remaja yang tak pernah masuk dapur (berbagai sebab lah, sibuk bersekolah, bekerja, tinggal sorang jadi malas nak masak, dan berbagai lagi).

Image hosted by Photobucket.com

1) Sambal Belacan (The basic recipe)

Bahan-bahan

5 - 6 biji cili merah (yang segar)
1 - 2 sudu makan serbuk belacan (belacan ni selalunya aku bakar dulu dan dijadikan serbuk)
garam
air asam jawa atau air limau nipis
gula (kalau suka)

Caranya

1) Basuh dan buang biji cili merah.
2) Kalau suka pedas, boleh campurkan cili padi.
3) Masukkan cili, belacan, garam ke dalam lesung penumbuk
4) Tumbuk sehingga cili lumat. Kalau suka halus tumbuk lama sedikit.
5) Kalau menggunakan blender (kurang sedap sebab tidak bergaul serata ditumbuk dengan lesung batu), gunakan blender untuk bahan kering sehingga lumat.
7) Masukkan perahan air asam jawa (lebih kurang 2 - 3 sudu makan) kedalam lesung, gaul dengan rata dan sendukkan ke dalam mangkuk.
8) Kalau nak campur sedikit gula (1 sudu kecil) boleh di campur sebelum memasukkan air asam jawa. Tumbuk sehingga gula hancur.

2) Sambal Bacang/Macang


Bahan-bahan

1) Sambal belacan

2) Buah bacang

Caranya

  1. Kalau nak buat sambal bacang (orang utara panggil buah macang), sediakan sambal belacan seperti dalam resipi 1.
  2. Kupas kulit buah bacang, kemudian hiris isi buah macang nipis macam nak buat kerabu. Jangan terlalu kecil,tebal sedikit pun OK.
  3. Masukkan hirisan buah bacang kedalam lesung dan lenyekkan sedikit buah bacang dengan alu/anak lesung.
  4. Gaul sehingga sambal bercampur rata dan sendukkan ke dalam mangkuk
  5. Untuk sambal ini boleh kurangkan air asam jawa atau terus tidak digunakan.
  6. Tidak perlu gula.
  7. Selain dari bacang buah mangga yang masak juga boleh dicampur dengan sambal ini.


3) Sambal Kerisek

Sambal kerisek selalu dimakan untuk cicahan perut lembu (yang macam kain tuala tu) yang sudah di rebus, atau daging bakar.

Bahan-bahan

  1. Sambal belacan seperti resipi 1). Tetapi kurangkan belacan dan air asam jawa
  2. 3 sudu makan kerisek
  3. 4 - 5 sudu santan kelapa
  4. 1 biji bawang besar yang di mayang halus

Caranya

Gaulkan semua bahan-bahan sehingga sebati. Kalau nak cairkan sedikit adjust santan.

4) Sambal Tomato (air asam tomato)

Bahan-bahan

1) Sambal belacan seperti dalam basic recipe (tambah sedikit belacan)

2) 1 - 2 biji buah tomato yang masak dihiris nipis

3) 1 biji bawang besar yang dimayang nipis

4) Air (kalau gunakan air rebusan daging atau ayam pun boleh bertambah sedap

5) 3 - 4 sudu makan sos cili

6) Gula secukup rasa

Caranya

Gaul sambal belacan dengan hirisan tomato, bawang besar, sos cili dan gula. Kalau nakk cair tambah air lebih. Ada juga yang menambah kerisek ke dalam air asam ini. Sedap untuk buat cicahan daging bakar, atau daging rebus makan dengan nasi minyak.

5) Sambal belacan durian

Yang ini yang paling senang sebab cuma perlu sambal belacan (jangan masukkan air asam jawa) kemudian di gaul dengan isi durian. Terus sahaja makan dengan nasi.

Yang ini kegemaran hubby, tapi aku tak suka pulak, jadi cuma sediakan saja untuk dia.

Selamat mencuba.