Thursday, September 29, 2005

Cucur (cucuq) Ikan

Bila dah beralih umur kata orang, ikan yang besar-besar dah rasa tak sedap. Rasa nak makan ikan yang kecil-kecil. Mak aku selalu tanya ada tak ikan Selangat atau ikan kedera kat pasar. Jadi kalau ada ikan-ikan yang kecil aku selalu lah beli. Salah satu yang ini lah.Ikan ni yang aku tahu nama dia ikan biji nangka. Entah betul entah tidak aku pun bukan tahu sangat nama-nama ikan ni. Murah ikan ini sebab jarang orang beli.RM2 saja sekilo.Memanglah leceh nak siangkan ikan ni tapi bila kena gaya memang sedap. Resipi ini simple saja.

Image hosted by Photobucket.com

Ikan di bersihkan, potong sikit kat ekor tarik ekor dengan tulang-tulang sekali.

Image hosted by Photobucket.com

Perap dengan serbuk lada putih, garam dan kunyit.

Buat "batter" macam yang nak goreng pisang tu. Caranya gini:-

Campurkan tepung beras 1 cawan dengan sedikit (1/2 cawan) tepung gandum. Masukkan sedikit kapur, yang orang buat makan sireh tu lah (secubit saja). Masukkan air sedikit demi sedikit supaya tidak menjadi terlalu cair.
Celupkan ikan yang telah di perap tadi dan gorengkan dalam minyak yang telah dipanaskan.


Image hosted by Photobucket.com
Ini lah hasilnya. Boleh di makan dicicah dengan sos.
Senang dan sedap.

11 Comments:

Blogger Mas said...

Terlioq baca resipi tu. Ikan tu mak saya panggil anak2 ikan. Kitorg kat Melaka biasanya buat pais jer. Letak kelapa, bawang merah dihiris, cili, garam,daun kunyit yg dihiris n pastu kita bungkus dlm daun pisang n kukus jer.Sodap tau auntyn.
Kalu tak nak letak kelapa pun parut pun bole. Cubalah

11:15 am  
Blogger AuntyN said...

Thanks Mas. Bagus tu, Insyaallah aunty cuba nanti.

12:03 pm  
Blogger Ogy said...

Haah lah Kak N, kalau di Melaka, kami buat pais ikan tu macam Mas tulis tuh.

Tapi harus nak cuba resepi akak, nampak sedap sangat.

Selamat Berpuasa Untuk Akak dan Keluarga.

2:12 pm  
Blogger AuntyN said...

Ogy : Selamat Berpuasa untuk Ogy dan keluarga juga. resipi tu simple sangat tapi memang sedap. Ralit makan macam kerepek.

3:32 pm  
Blogger CikNi said...

kakN, nak buat request boleh tak? Nak minta cara buat kuah cili yang selalu dimakan bersama nasi ayam dan jugak sambal yang selalu dimakan dengan bihun sup

12:54 am  
Blogger AuntyN said...

CikNi : Nak buat kuah cili untuk nasi ayam pi tengok resipi nasi minyak (archive July 2005) Kat situ ada tu under sos cili tu.
Sambai makan dengan bikun sup yang mana yang merah atau yang hitam (dengan cili padi + kicap)?

4:20 pm  
Blogger CikNi said...

auntyN- yang merah (utara style), yg johor style (kicap) tu saya tahu (ada ka patut orang perlis tahu resepi johor tapi tak tahu resepi utara!)

Tenkiu auntyN

6:04 pm  
Anonymous Anonymous said...

elo aunty n...

i know mentioned that u tak berape suke buat kuih. ermm... but i am wondering if u by any chance know any good recipe for kuih talam pandan?
yg bawah putih, atas hijau?

n'way, keep up putting ur lovely recipes here okey? take care...

5:52 am  
Anonymous Anonymous said...

aunty... nur copy resepi nie dr resepi net... n masukkan kan blog... nur dah try ....sedap .. sorry dah ambil baru beritau- http://nurdia.blogdrive.com

12:02 am  
Blogger AuntyN said...

nur silakan, tak apa. Kalau sedap Alhamdulillah

11:43 pm  
Blogger Amirol Asraf said...

terima kasih atas resepi masakan ini. =)

3:10 am  

Post a Comment

<< Home