Laksa Penang
Amboi, lama nya dapur ni tak "berasap" ni. Jadi ni nak update sikit bubuh resipe baru. Hari tu cerita kat blog pasal Laksa, dah di mintak cara nak buat laksa Penang pulak. Rasanya laksa kat utara ni samada Penang, Kedah, Perlis dan Perak jugak mungkin sama saja cara masaknya. Mungkin ada sikit kelainan tu entah lah.
Laksa Penang
Bahan-bahan untuk kuah
1 kg ikan kembung (yang selalu digunakan lah)
10 tangkai cili kering
5 biji cili merah
5-6 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
Belacan (lebih kurang 100 -150 g)
8-10 keping asam keping (kalau suka masam tambah lah)
Daun Kesum
1 tangkai bunga kantan
Untuk Laksa Beras.
1 packet tepung beras
Air panas yang mendidih
Untuk Hiasan
Timun dihiris nipis dan halus
Daun selom yang dihiris halus jugak
Telur ayam yang siap direbus (kalau suka)
Daun Pudina
Hirisan bunga kantan bahagian bunga
Nenas yang juga dia potong
Bawang besar yang di potong halus
Cara nak masak kuah laksa
1. Ikan kembung dicuci dan di rebus. (Selalunya tak payah lah buang kepala dan ekor semasa merebus)
2. Bila sudah mendidih, angkat dari api.
3. Toskan ikan di dalam penapis (air rebusan jangan buang, biarkan sejuk)
4. Asingkan isi ikan dan tulang.
5. Lenyek sedikit isi ikan supaya halus sedikit tidak berketul terlalu besar.
6. Masukkan cili, bawang dan belacan ke dalam blender, masukkan air rebusan ikan. Blend sehingga lumat.
7. Selepas itu, blend tulang ikan yang diasingkan dari isi ikan tadi.
8. Masukkan campuran cili yang di blend ke dalam periuk, masukkan isi ikan yang di lenyek de dalam periuk yang sama.
9. Tapis tulang yang di blender masuk ke dalam periuk yang sama, masukkan lebihan air rebusan ikan (jika masih ada)
10. Adjust kepekatan kuah ikut suka sendiri.
11. Masukkan bunga kantan yang telah di belah 2, bersama batang sekali.
12.. Masukkan asam keping, daun kesum serta garam secukup rasa.
13. Didihkan kuah laksa sehingga mencapai kepekatan atau rasa yang diingini.
Untuk laksa
1. Kalau pakai laksa yang dalam packet tu, rendam laksa sampai lembut.
2. Rebus sehingga empuk.
Laksa beras
1. Tepung beras dicampur dengan air panas yang baru mendidih sedikit demi sedikit.
2. Gaul air dan tepung sampai menjadi doh (jangan terlalu keras jangan terlalu lembik sehingga tidak boleh di tekan dari acuan)
3. Didihkan air di dalam periuk.
4. Apabila air sedang mendidih, tekan doh laksa terus ke dalam air yang sedang mendidih itu.
5. Acuan untuk membuat laksa ni boleh di beli di kedai (macam yang buat cendol tu). Dibuat dari gangsa atau tembaga kalau tak silap. Atau pun tebuk tin susu yang kosong, ikut suka lobang besar mana, gunakan kayu atau sesuatu yang boleh dia buat tempat menekan doh laksa dari dalam tin yang di tebuk ke dalam air.
6. Lagi satu cara yang paling senang - pergi beli di pasar laksa beras yang dah siap
Untuk hiasan
Setelah kuah siap, laksa di masukkan ke dalam mangkuk, sendukkan kuah ke atas laksa dan taburkan, segala merga sayur-sayuran yang telah di sediakan.
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.

17 Comments:
Keep that asap coming AuntyN. Have goodday
ops that from om
Om, laksa is one of your favourite kan? Will do that, jangan jerebu dah :-)
Memang tak jumpa bunga kantan kat sini AuntyN. Tu tak sama tu. Daun Kunyit pun satu memang tak pernah jumpa.
Enjoy yr weekend :).I;m on my way to da boonie ..
Jangan lupa bunga kantan!
I know U : I heard you ate Nasi Lemak in the bonnies.
Elf : Betul tu, jangan lupa bunga kantan, Lerr, buat macam ni, hehehe
teringinnya nak makan laksa penang. tak sama la auntyn laksa kat area putrajaya dgn laksa penang....
ish beshnya laksa penang
~ phantom of laksa penang ~
1na : kalau taksama mai penang lah makan laksa penang. Tapi I tak berapa tau sangat lah tempat yang jual laksa yang best2 kat Penang ni.
malu aunty,
sy nie dikira pemalu sikit hehehehehe... emmm sudi ke auntyn terima tetamu tak diundang dari putrajaya nie..... :)
aunty N.. since AN ni dari utara.. boleh tak bagi resepi utk mihun sup utara (yg warna kuning tu).. dulu makan masa honeymoon kat langkawi about ten years ago.. now tengah pregnant my 5th.. alhamdulillah.. tak tau la kenapa dok teringat kat mihun sup utara nih.. kalau tak salahnya daging tu dihiris2.. lobak n sambal.. betul tak AN.. please yer..
Laksa Penang ke, laksa kedah ke, laksa Perlis ke, semua nya lebih kurang sama saja. tetapi yang pentingnya laksa beras dan ikan segar digunakan. Oh ya, cubalah makan laksa Kak Su di G-15 Medan Selera Presint 8, Putrajaya. Dengak khabak sedap juga.
im sarawakian..really tq 4 da recpe,, i hv bn tried laksa penang twice, it taste so dellicious,,,so, i wana gv a try 2 mde it myslf,,thx aunty
tq u 4 ur kind resepi......
Laksa Penang .. bahan dia lain sikit .. selain dari bahan-bahan biasa, kena tambah kunyt hidup ( setengah jari kelingking aja) .. bahan-bahan yang dimesin pula ditumis dulu .. baru la dimasukkan stok ikan tu ... rasa laksa penang tak sama macam laksa lain-lain tempat.
Laksa penang .. lain rasanya .. lain cara masaknya ... ada extra bahan ... kunyit hidup ... pastu tumis dulu ..baru masuk stok ikan..
xbest arh resepi nie...xpham..jap nie jap tu..pelik
sedapppnyeee...makanan kegemaran tu...
nk kene try ni..
jemput ke blog saye..
http://norzuryati.blogspot.com
~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..
Moga bermanfaat :)
Post a Comment
<< Home