Monday, July 04, 2005

Sambal Tumis Ikan Bilis

Dah masak Nasi Lemak kenalah masak sambal tumis ikan bilis pulak kan. Jadi resepi nya di sini.

Bahan-bahan

1. 10 tangkai Cili kering (kalau nak pedas tambah lah sendiri)
2. 4 ulas Bawang merah
3. 2 ulas bawang putih
4. Sedikit belacan
5. Air asam jawa
6. 1 cawan Santan kelapa ( optional)
7. 1 ulas bawang besar di potong bulat.
8. 100 g. Ikan bilis yang telah digoreng.
9. Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak

1. Blend cili kering, bawang . bawang merah, bawang putih dan belacan sehingga lumat.
2. Panaskan sedikit minyak masak ke dalam kuali (saucepan whatever). Minyak masak tu lebih kurang 3 sudu saja.
3. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang di blend tadi.
4. Kacau sehingga campuran cili tadi pecah minyak. (nampak macam berminyak kat dalam kuali tu)
5. Masukkan sedikit air asam jawa (lebik kurang 2 sudu je)
6. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam sambal tadi
7. Gaul sampai sebati, then masukkan santan kelapa.
8. Masukkan garam dan gula secukup rasa
9. Masukkan hirisan bawang besar
10. Didihkan dan angkat dari stove.

Dah sedia untuk dimakan

Kalau tak suka santan, masukkan air lebih sedikit untuk kuahnya.
Boleh jugak di buat dengan udang hidup atau ayam atau daging.
Selamat mencuba.

10 Comments:

Blogger drbubbles said...

i am not going to visit this blog anymore,
i am not going to visit this blog anymore,
i am not going to visit this blog anymore,
yummy,
yummy
yummy....

10:25 pm  
Blogger AuntyN said...

Is : Please come again, please, please hahaha. Thanks for coming by anyway.

10:47 pm  
Blogger Ely said...

wah best eh. i miss ikan bilis so much. kekadang masak sambal tumis dibahagikan 2 cos husband tak suka ikan bilis :(

nak taruk udang kering pun sikit jer. but belacan ok pulak dia!

9:50 am  
Blogger oren said...

nak share resepi, buleh ka? saya ada resepi Sotong goreng kuning..Hubby suka sangat, so ingat nak share..

11:30 am  
Anonymous crimsonskye said...

AuntyN,

I love you!!!

Feels like you're dedicating this blog to me as well... salah sorg anak dara msia yg tak pandai masak hehe.

11:48 am  
Blogger AuntyN said...

orenmanis : boleh sangat tu, hantarkan to my email, norm5426@yahoo.com Nanti I will post the recipe here.

crymsonskye : Love u too... Boleh lah tu dedicating to all yang nak mencuba tak kiralah anak dara ke, mak dara ke, papa dara ke, anak teruna ke OK.

12:01 pm  
Blogger atiza said...

aunty..mak saya ajar masak sambal tak buh bwg putih..takpe ke?

1:15 pm  
Blogger AuntyN said...

atiza : tak pe tak bubuh bawang putih, but garlic is good for health tu..

10:11 am  
Blogger molly said...

hello aunty,,saya suka segala resipi aunty,di dalam memang byk guna cara orang kampung masak.walaupun saya bukan malay.tapi i suka blog ni.sesiapa tak suka rugi lo..mungkin dia suka masakan orang putih ko...anywhere..saya ingin ucap tq aunty..

6:22 pm  
Anonymous Anonymous said...

hello aunty...kenape ek kne ltak santan dalam sambal?bagi rase lmak2 ek...nk cubelah.cnfm sdap!!

3:48 am  

Post a Comment

<< Home