Friday, July 01, 2005

Puding Karemel

Image hosted by Photobucket.com


Bahan-bahan

5 biji telur (saiz besar)
1 tin (405 g) susu cair (Ideal yang terbaik lah)
1/2 tin (1/2 dari 500 g) condense milk
7 - 8 sudu besar gula
1 tin jagung (cream style)2 sudu besar tepung kastard1 tin air (gunakan tin susu cair)

Cara-cara membuatnya

a) Cara membuat gula hangus.

1. Keringkan tin pembakar kek (lebih kurang 9 in diameter dan 3 in tebal)
2. Ambik 2 sudu gula, masukkan ke dalam tin pembakar kek.
3. Letakkan ke atas api yang perlahan untuk cairkan gula seningga gula menjadi kuning kekuningan.
4. Ratakan gula hangus ke sekelilng tin pembakar.
5. Angkat dari api biarkan gula sejuk dan membeku.

b) Cara membuat Puding

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk yang agak besar.
2. Kacau telur supaya telur merah dan putih tu bercampur rata. Jangan kacau sehingga kembang telur
3. Masukkan cusu cair dan kondense milk ke dalam telur tadi
4. Larutkan tepung kastard ke dalam air
5. Masukkan gula, larutan tepungkastard dan jagung ke dalam mangkung yang berisi telur dan susu.
6. Kacau supaya semua rata.
7. Masukkan adunan cecair ini ke dalam tin pembakar yang mempunyai gula hangus beku.
8. Masukkan bekas ke dalam steamer dan kukus lebih kurang selama 30 minit sehingga 45 minit. Api jangan kuat nanti dia jadi bersarang. Slow fire and slightly longer is better.
9. Bila sudah masak, tak nampak cair dah adunan tu, angkat dan sejukkan.
10. Bila dah sejuk terbalikkan puding ke atas pinggan.
11. Hiaskan dengan mix fruit atau sliced peaches yang dalam tin tu (I like peaches ni).

Dah ready untuk di makan.

2 Comments:

Blogger ezreen said...

aunty N..
tin pembakar kek tu yg biasa kita wat kek ke?leh ke panaskan terus atas api?

9:10 am  
Blogger Habeida Hafaif said...

hi Makcik..saya punya puding caramel lagi jimat kos..agar2 sket jer, susu pekat n telur..mudah dan ringkas..

12:26 pm  

Post a Comment

<< Home