Sunday, July 03, 2005

Nasi Lemak

a) Nasi Lemak (Resipi tradisi, dimasak cara moden)

Bahan-bahan

6 cawan beras (beras wangi lagi sedap)
4 cawan santan
4 cawan air (adjust sendiri, kalau nak lemak lebihkan santan, kalau beras keras masukkan lebih air)
Garam
1 sudu besar halba (ni optional, tak bubuh pun tak pe)
2 helai daun pandan
1 inci halia1 batang serai dititik
3 biji bawang merah (dihiris halus)

Cara memasak

1. Basuh beras
2. Sukat air, santan, garam
3. Masukkan semua bahan ke dalam periuk nasi (rice cooker)
4. Masak sehingga kering.
5. Buka dan kacau, kalau nampak agak keras simbarkan air panas ke dalam nasi dan tutup balik
6. Ataupun, (cara yang aku suka buat sebab macam ni tak hancur nasi lemak tu). Ubah nasi yang belum masak betul ni ke dalam steamer, kukus sampai nasi masak betu-betul.
7. Hidang kan lah.

b. Nasi Lemak Bertumis

Bahan-bahan sama seperti di atas.

Cara membuat
1. Potong bawang nipis2
2. Potong halia nipis dan halus
3. Panaskan 1 sudu minyak + 1 sudu ghee
4. Tumis bawang dan halia
5. Bila sudah garing masukkan air dan santan, perlahan sikit api, kacau supaya santan tak berketul dan pecah minyak
6.Bila dah mendidih masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam secukup rasa.
7. Masak sampai nasi masak.

Siap dah pun.

7 Comments:

Blogger Ely said...

auntyN, halba tuh kasi nasi lemak tuh jadi apa? i like to ask such questions, belajar masak lah katakan.

12:23 pm  
Blogger AuntyN said...

Ely, halba ni herb yang baik untuk buang angin macam halia jugak. Kalau dalam nasi lemak dia akan naikkan rasa rempah sajalah. Tak pakai pun tak pe. Kalau pakai tu patut makan sekali dengan nasi tu. Good for the body tu.

2:33 pm  
Blogger Ogy said...

Kak N, nnt saya link Dari Dapur Makcik Kampung to my Masak-Masak blog !

Happy Cooking and Happy Blogging !!!

9:30 am  
Blogger AuntyN said...

Ogy, boleh sangat tu, Kak N tak mintak permission hari tu linkkan ur resipe blog tu jangan marah OK :-)

9:35 am  
Blogger Ely said...

oh ok, faham lah i. i like to ask why this and that. jangan marah ok. my mother kata i nih banyak tanya hehe.

9:51 am  
Blogger AuntyN said...

Ely : kalau tak tanya mana nak tahu. Tak marah pun.Kalau tahu jawapan akn di beri OK.

6:26 pm  
Blogger nura said...

ghee tu ape??...hehehe...

11:12 am  

Post a Comment

<< Home