Thursday, July 07, 2005

Mee Kari

Ely suruh post resipe ni. Actually when I wanted to cook this I opened a recipe blog. I read the ingredients and then cook based on the memory. So here is what I did.

Bahan-bahan

1) Di celur
600 g mee kuning/basah
300 g taugeh

2) Di goreng
6 keping fish cake
1 packet fish balls
3 keping tahu
Simpan sedikit bahan-bahan yang di goreng ni untuk hiasan, dengan menghiris nipis2.

3) Di blender
2 batang serai
2 inci halia
1 ketul lengkuas (lebih kurang 3 - 4 inci)
20g udang kering
10 tangkai Cili kering (ikut suka nak rasa pedas atau tak)
3 - 4 ulas bawang merah
1 -2 ulas bawang putih

4) Untuk kuah
100 g udang basah ( dalam 10 ekor ke)
3 sudu rempah kari daging
1 cawan santan pekat
2 cawan air
garam secukup rasa
3 - 4 kacang panjang di potong lebih kurang 1 inci panjang
Sedikit sos tiram

Cara memasak

1. Blend bahan-bahan yang perlu diblend.
2. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk
3. Masukkan bahan yang diblend. Goreng bahan yang diblend tu sampai pecah minyak.
4.Bila dah naik bau tu, masukkan rempah kari.
5. Goreng sampai agak kering dan pecah minyak, sos tiram
6. Masukkan udang basah
7. Masukkan santan, air, garam
8. Masukkan Fishcake yang telah di potong (1/2 inci lebar)
7. Masukkan fish ball yang di belah dua.
8. Masukkan tahu yang dibelah 6.
9. Masukkan kacang panjang.
10. Didihkan kuah dan angkat dari api

Kalau suka, tumis sedikit bawang yang dimayang nipis dan masukkan semasa minyak panas-panas ke dalam kuah.

Untuk di hidang

a) Masukkan mee kuning dan taugeh yang telah di celur ke dalam mangkuk
b) Sendukkan kuah ke dalam mangkuk berisi mee
c) Tabur bawang goreng, hirisan daun bawang/daun saderi
d) Taburkan kacang yang di tumbuk kalau suka
e) Tabur fishcake, fish ball, tahu yang di goreng dan di hiris halus tu.
f) Rebus telur ayam dan belah dua. Masukkan bersama mee.

Dah sudah tu makan je lah.

10 Comments:

Blogger Ely said...

mcm mee rebus lah mee kari nih. yum yum!!!

11:23 am  
Blogger AuntyN said...

Almost serupa ely, cuma ada rempah kari je tu, nak tukar udang dgn ayam atau daging pun boleh.

11:40 am  
Anonymous Anonymous said...

Macam mana lah aku nak kurus...baca resepi je dah meleleh air liur.....

2:10 pm  
Blogger ibuVouge said...

auntyn
nak tumpang bagi recipe boleh ke..
auntyn bagilah e-mail nnti saya e-mailkan recipe.

11:34 am  
Blogger AuntyN said...

ibuVoue, kecik tapak tangan, satu blog aunty tadah ni. E-mail norm5426@yahoo.com

11:30 pm  
Blogger Ely said...

auntyn, semakin tgk resipi nih, semakin tak boleh tahan nak try. this weekend is over, maybe next weekend. kalau jadi, nanti i email u the pics so that u can tampal on ur blog ok?

12:12 pm  
Anonymous Anonymous said...

sounds yummy, Auntyn!

7:56 pm  
Blogger AuntyN said...

ely, good idea tu.

nour : try lah, try lah sedap ni tau hehehe

12:11 am  
Anonymous Anonymous said...

i tried this recipe last week because my husband is sooo in to this mee kari. and alhamdulillah,the result is so suprising delicious! mmg sedap betul ( masuk bakul angkat sendiri =P ) and my hubby liked it soo much, org ckp dgn dia pun dia boleh x perasan =P khusyuk sgt menghirup kuah mee kari tu..thnx auntyn! dia kata kalah mak dia masak...ha ha...seronoknye!!
~~Wann Hairani

10:36 am  
Blogger AuntyN said...

Alhamdullillah, Wan Hairani : Bagus lah kalau Hubby dah puji tu, try yang lain pulak OK

1:03 pm  

Post a Comment

<< Home