Tuesday, July 12, 2005

Cucur Udang

Cucur Udang

Bahan-bahan

500g tepung gandum
100 g taugeh
2 biji telur
300g udang basah (kalau suka bubuh banyak, kalau tak sikit saja lah)
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit (ini untuk lebih menarik warna cucur udang tu dan hilangkan bau hanyir udang basah tu)
daun bawang (dihiris lebih kurang 1 inci panjang)
1 labu bawang besar dia mayang nipis
20-30 g ikan bilis (Optional, kalau suka)
Air

Cara membancuh adunan.

1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk adunan
2. Masukkan air secukupnya.
3. Gaul sehingga sebati.
4. Tambah air jika nampak adunan keras atau melekat-lekat pada mangkuk.
5. Adunan yang elok cukup pekat adalah tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Kalau dia scoop dgn sudu dan di biarkan jatuh semula, adunan tidak lah jatuh dengan deras/cepat. (Terlalu cair -tambah tepung)
Kalau adunand tidak jatuh langsung, terlalu pekat - tambah air.
6. Adunan akan berwarna kuning.
7. Panaskan minyak di dalam kuali, scoop satu sudu sekali, masukkan ke dalam minyak yang panas. Goreng sampai tepung sudah masak.

Banyak cara nak buat cucur udang ni, resepi di atas adalah yang aunty selalu buat. Cara-cara membuat cucur udang ni ada kat blog Badrul kitchen tour. dengan gambar sekali. Senang saja sebenarnya.

Cucur udang boleh di cicah dengan kuah kacang atau sos cili (tengok resipi nasi minyak tu)

Untuk Kuah Kacang

Bahan-bahan

100 g Kacang tanah yang siap di goreng dan di tumbuk
Asam jawa (lebih kurang sebesar duit 50 sen) digoreng + dicampur air untuk keluarkan airnya.
5 tangkai cili kering di goreng dang di tumbuk halus
garam
gula
sedikit belacan (kalau suka - optional) digoreng and di tumbuk halus
sos cili (kalau suka)
sedikit kicap manis

Gaulkan semua bahan-bahan tersebut di atas ke dalam mangkuk. Adjust air mengikut kelikatan yang diingini.

4 Comments:

Anonymous atn said...

cantik banner!!

amboi meleleh baca resipi cucurq udang, mmg my favorite breakfast *sigh*

11:57 pm  
Anonymous atn said...

utk kuah tu bahan2 yg digoreng tu, goreng dgn minyak ke? sorry la form 1 dulu tak ambik SRT

7:40 am  
Blogger AuntyN said...

Tenah, goreng dengan minyak lah. Nak try ke?

8:15 am  
Blogger unspoken words from mommy said...

aduhaiiii ni yg buat laparq ni..tgk banner tgk resepi..petang2 cenggini mmg sedap makan cucurq, bukan pagi je tau tenah...hehe.

makcik piah

4:49 pm  

Post a Comment

<< Home