Wednesday, July 27, 2005

Nani's Baked Beans

Nani bukan seorang yang bernama Rosnani atau Yusanani. Nani ialah panggilan anak-anak aku kepada arwah MIL. Dalam keluarga my hubby, datuk dipanggil Nana dan nenek adalah Nani. Sebelah aku, diorang ni dipanngil Tok Ayah dan Mak Tok. Resipi baked beans ni adalah resipi MIL, yang aku pelajari semasa aku mula berkahwin dulu. Kami pun selalu buat macam ni lah kalau masak baked beans.

Bahan-bahan

1 tin baked beans
2 sudu cili paste (cili kering yang dah di blender lagi lah elok)
1 sudu jintan manis
garam dan gula secukup rasa
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu minyak sapi
1 sudu minyak masak biasa

Untuk Hiasan

1 biji bawang besar di potong dadu halus
bawang goreng yang di goreng dengan minyak sapi
hirisan timun (nipis dan halus, jika suka)
hirisan daun bawang dan daun sadri

Cara memasak

1. Panaskan minyak sapi & minyak masak
2. Tumis bawang merah dan bawang putih
3. Masukkan cili paste, goreng sehingga agak garing
4. Masukkan baked beans
5. Jintan manis di tumbuk sedikit supaya pecah sahaja dan masukkan ke dalam kuali atau periuk
6. Masukkan sedikit air supaya tidak terlalu pekat
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa
8. Bila dah mendidih angkat dan hiaskan dengan menabur bahan-bahan hiasan

Selain dari baked beans boleh jugak di masak dengan parpu/dhall. Tetapi kalau pakai dhall kenalah masukkan air lebih untuk memastikan dhall empuk secukupnya.

Sedap di makan dengan roti di pagi hari bersama telur mata kerbau atau frankfurters.

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

auntie n,

it's cool that u have this page süecially for your recipes.

do u still have ur recipe for kari parpu? i saw it on ur blog but i couldn't remember in which entry.
please yeah?

thanx!

10:40 am  
Blogger AuntyN said...

kopicino : thanks. Will update the kari parpu in this blog later.

12:21 pm  

Post a Comment

<< Home