Friday, July 15, 2005

Kari Ikan Masin

Orang Utara panggil GULAI IKAN KERING.
Untuk orang utara KARI tu semuanya Gulai.

Bahan-bahan

500 g ikan masin (campur bahagian tulang dengan isi, dipotong kecil lebih kurang 2 - 3 in lebar)
4 sudu rempah kari ikan
2 cawan santan pekat
2 cawan air
1/2 biji nenas yang di kupas dan di hiris nipis
1 - 2 biji ubi keledek
5 utas kacang panjang di potong 1-2 inci panjang
1 biji terung panjang di potong 2 inci panjang
(atau 2 biji terung bulat di belah 4 )
2 biji tomato (yang tidak berapa masak)

Untuk menumis

10 ulas bawang merah dimayang nipis
2 tangkai daun kari
1 sudu jintan manis

Cara Memasak

1. Rendam ikan masin di dalam air (jangan masukkan garam ke dalam air) selama 10-15 minit untuk buang hanyir ikan.
2. Masukkan ikan masin yang telah di cuci ke dalam periuk, masukkan rempah kari dan sedikit air (setengah cawan).
3. Masukkan ubi keledek ke dalam periuk
4. Rebus atau masak sehingga kering air.
6. Masukkan santan dan air ke dalam periuk
7. Masukkan sayur-sayuran yang lain.
8. Masak sehingga mendidih dan ubi telah empuk. Kemudian tutup api dapur atau angkat dari dapur.
9. Kalau suka boleh masukkan 1 keping asam keping bersama rempah.
10. Panaskan minyak di dalam kuali berasingan.
11. Tumis bawang, daun kari dan jintan manis.
12. Bila bawang sudah garing, masukkan minyak panas dengan bahan tumis ke dalam periuk kari tadi.
13. Tutup buat seketika dan hidangkan

5 Comments:

Anonymous atn said...

yum yum my favoritest, mak i buat terangkait!!!! alahai AN you are really torturing me....balik nanti nak suruh you masak suma ni, kensel la nasi ketam juru tu....

6:22 am  
Blogger Kak Teh said...

mana nak cari ikan kerin?

2:12 pm  
Blogger AuntyN said...

Tenah : next resipe lagi torture for u hahahaha.

Kak Ten : susah2 beli ikan keringkan sendiri lah hehehe

11:07 pm  
Blogger CikNi said...

auntyN- betoi la, orang selau conpius bila kita kari- maknanya gulai, bila kata gulai maknanya kari

? conpius lagi?

6:06 pm  
Anonymous apia said...

memamg terangkat dan kalau nak lagi best biar aunty N masak kita makan ramai-ramai

3:16 pm  

Post a Comment

<< Home