Thursday, August 18, 2005

Gulai (Kari) Parpu (Dhall) Dengan Telur

kopicino komen kat resipe Baked Beans pasal resipe gulai parpu ni. Aku dah lupa dah nak masukkan kat sini. Jadi ni aku copy dan paste dari blog resipe ni. Resipe ni rasanya, yang terawal sekali aku bubuh kat blog tu.

Bahan-bahan

100 g kacang parpu ( direndam sampai kembang)
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 biji ubi kentang di kupas dan di potong
2 atau 4 (ikut sizenya)3 biji telur
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
1/2 inci halia
2 biji bawang putih
2 tangkai daun kari (karapule kata orang utara)
Sedikit jintan manis
Garam secukup rasa

Cara memasak

1. Toskan parpu yang di rendam tadi.
2. Masukkan ke dalam periuk, campurkan serbuk kari ke dalam parpu.
3. Masukkan air ke dalam periuk (2 cawan) dan rebuskan parpu bercampur serbuk kari sehingga parpu betul-betul kembang
4. Masukkan setangkai daun kari ke dalam periuk rebusan. Masukkan garam dan serbuk perasa (jika suka).
5. Apabila parpu sudah agak kembang masukkan ubi kentang ke dalam rebusan parpu tadi.
6. Potong atau cincang bawang besar dan "campakkan" ke dalam periuk.
7. Apabila parpu sudah kembang (dah nampak pecah-pecah dah) masukkan santan pekat. Adjust kandungan kuah mengikut citarasa masing masing.
8. Masukkan sedikit lagi air untuk membuatkan kuah agak cair sedikit dan agak sejuk (tidak panas menggelegak)
9. Pecahkan telur ke dalam kuah tadi, sebiji demi sebiji. Jangan kacau kuah untuk mengelakkan dari telur menjadi hancur dan membuatkan kuah menjadi terlalu pekat.
10. Apabila sudah mendidih dan telur yang di masukkan sudah masak, tutup api dapur.

Cara-cara nak menumis kari

Cara ini di utara dipanggil tumisan darat - tomeh ataih daghat, kalau ikut loghat utara. Tak tau pulaklah kot mana mai term ni.Hiris bawang merah, bawang putih nipis-nipis. Halia di hiris halus memanjang.Panaskan minyak masak (3 atau 4 sudu). Lebih enak dan wangi sekiranya ditambah sedikit minyak sapi (ghee, marjerin atau butter).Goreng hirisan bawang, halia, jintan manis dan daun kari sehingga garing.Masukkan minyak yang mempunyai gorengan bawang tadi semuanya (dan panas-panas) ke dalam periuk kari parpu tadi.Tutup periuk kari sekejap.Dah boleh hidang dah kari ini untuk di makan bersam nasi atau roti canai atau roti paratha.Tambah enak kalau ada ikan masin goreng yang dimakan bersama kari ini.

Selamat mencuba. Kalau sedap beritahu kawan, kalau tak sedap diam je lah. OK?

7 Comments:

Anonymous Anonymous said...

elo Aunty N,

thanx a bunch. can't wait to try it!
take care. keep on putting up your recipes yeah...

11:06 pm  
Blogger 1na said...

akhirnya ada resipi yg saya tunggu2 nie... Parpu teluq nie sedap dimakan dgn nasi panas & bendi goreng.... hehehehe

nak balik penang...uwaaah

8:56 am  
Blogger AuntyN said...

kopicino : You are welcomed. Lupa sebenarnya tu sebab dah letak kat blog dah.

1na : awat tak habaq awai2, nak resipe ni. Mai lah balik. Penang tang mana?

9:34 am  
Blogger 1na said...

Sg Nibong Besaq, area kampung dekat bus station baru tu (Tapak Pesta PP)

11:57 am  
Anonymous Anonymous said...

auntyN,

masak parpu ni mmg sedap kalau makan dgn ikan lengat goreng, tambah2 kalau boh ketola ular (snake gourd?) kat dalam parpu tu...

11:54 am  
Blogger AuntyN said...

Athene, thanks, tapi tak pernah try pulak bubuh snake gourd tu. Camna snake gourd tu?

5:59 pm  
Anonymous Anonymous said...

Salam.Auntyn mesti pandas Masaik.nnanti mesti try bust.mak mertua selalu Masaik Papua dengan lobar Putih.sedap

11:54 am  

Post a Comment

<< Home