Ulam-ulaman
Daun Kunyit yang selalunya digunakan dalam rendang. Memberi bau harum dalam rendang. Menjadikan rasa ayam atau daging menjadi lebih enak rasanya. Daun kunyit tak di makan sebagai ulam, dimasukkan ke dalam makanan. Tapi kunyit tu ada yang buat ulam. Aku pernah hantar kat Malcolm (di UK), dia buat salad lagi. Kunyit hidup ada orang petua boleh ubatkan gastrik.
Daun kesum yang digunakan untuk laksa. Agak sama fungsi dengan daun kunyit dalam rendang, memberi aroma pada kuah laksa. Kurang pasti apakah fungsi lain daun kesum ni dalam masakan.
Yang kiri daun selom. Daun selom boleh dibuat sebagai ulam, di hiris dan di tabur ke dalam laksa atau dibuat kerabu,
Yang sebelah tu dipanggil kacang kelisa atau kacang botol. Boleh makan sebagai ulam atau dibuat kerabu.
Ini pucuk putat yang selalu orang tanya bila aku tulis aku buat ulam kat rumah. Ada yang pahit tapi yang kat rumah aku ni tak pahit, lemak-lemak kelat rasanya.
Kalau kat atas tu daun dan pucuk putat, ini buah dia. Yang dibuat ulam adalah yang muda sebab dia rapuh dan tak keras bersabut. Ada yang kelat ada yang lemak. Sedap dibuat ulam.
Pegaga banyak khasiat, elok untuk yang berpenyakit darah tinggi, awet muda jugak. Boleh dimakan sebagai ulam, dibuat kerabu atau di minum airnya (blend daun pegaga dan minum airnya) Sekarang dah ada jus pegaga secara komersil.
Ulam raja nama pokok ni. Aku tak berapa suka, tapi ramai yang suka. Rasa dia OK jugak tapi agak cengih baunya pada aku.
Daun kadok selalu orang bubuh sebagai salah satu daun dalam nasi kerabu yang original lah. Bentuknya macam daun sireh sikit, kadang-kadang orang-orang yang tak kenal daun ni akan tersalah anggap sebagai daun sireh.
Semua ulam-ulaman ni ada kat rumah aku. Buat masa aku post ni cuma daum selom dan kacang botol saja yang tak ada. Tapi ada satu masa ada kacang botol kat rumah ni. Kalau lebat tak termakan kami sekeluarga, jadi dibagi kat jiran-jiran dan sedara mara yang datang. Lagi satu yang femes kat rumah ni buah putat kami. Jiran-jiran suka, tapi sekarang pokok tak berapa besar dan baru saja berbuah. Lambat sikit nak boleh bagi kat sedara mara.
17 Comments:
amboi rajin nya AN ambik gambar, put up suma.
seronok la i mai sini but nak masak tu tak tau bila tahun lagi....he he he
Educating my kids actually. Kadang2 suruh ambik daun kunyit depa pi ambik daun lengkuas. Dak pun tanya soalan sampai tak larat jawab.
Pasai masak tu, biaq habih study tu dulu, lepas tu study masak2 pulak OK....
Makcik, glad you posted the pics up! When my mom kept mentioning about all these dauns I have no idea! Except for penggaga of course. This is a good reference for me. Thanks again! And keep all those kampung recipes up and going for my future reference heh . I love kampung food!
apples4me : you are welcome, Insyaallah I will try to get more photos and recipes. I am glad you like it.
I like this one AuntyN. Very Infomercial. Nanti rasa nak tanam ulam-ulaman sekeliling rumah rasanya sebab saya hantu ulam dan daun-daun macam ni. Tak boleh lupa emak saya punya pucuk pegaga dan ikan bilis masak kering special yang selalu di masak untuk saya dulu.
aunty..pucuk nangka sedap buat ulam eh?
Anak Dagang : Thanks, I didn't know people will like this, but will be updating with more ulam later on. Sebabnya makin lama makin pupus pengetahuan anak2 muda sekarang.
Atiz : pucuk nangka, aunty tak pernah buat ulam, nangka muda adalah buat ulam, pecal atau gulai nangka, yum yum sedap tu.
aunty, hari tu tak sengaja makan pucuk putat kat melaka. one bite, seluruh lidah terus rasa kelat dan payau, terus hilang selera makan untuk dua hari. entah-entah ni agaknya petua nak kurus. hehe.
nazrah : betul ke? then I must eat more of the pucuk putat tu, hehehe
lain kali, nyatakan juga kebaikan & khasiat yang terdapat dalam ulam. tapikan, memang betul.... makan ulam memang awet muda. saya sendiri dah ada 4 orang anak nak cerita... baru-baru ini saya telah melahirkan anak ke4. masa kat hospital, ramai yang tanya anak ke brapa? bila saya kata anak no.4,mereka terkejut. mereka sangka saya baru dapat anak sulung. punyalah awet muda padahal umur saya dah 37 tahun. sebelum ni pun ramai yang mengatakan saya nampak 10 tahun muda dari usia saya sebenar. saya memakan sekurang-kurangnya 2 jenis ulam setiap hari. saya tanam ulam raja dan selasih di dalam pasu. kalau tad ada ulam lain, saya akan petik ulam tadi. kalau tak ada ulam, tak selera nak makann.......
Saya amat menggemari ulam2 yang agak pahit @ kelat sdikit seperti bunga betik, kunyit muda, buah putat dll. Saya makan ulam dengan sambal belacan atau pun sambal kelapa (seperti nak buat kerabu). Kalau pergi pasar malam atau pasar tani, saya akan membeli paling kurang 4 ikat ulam untuk stok 5 hari. Kalau habis, saya akan segera cari di mana pasar malam atau kedai. Tak ada ulam....hidup x berseri......... cayo laaa.....
hi ur pic are really helpful and ur explanation are good.. i nid those info for my project and hope u will allow me to take the pic and so on.. thanks
AuntyN,
boleh bagi petua untuk bagi buah kacang kelisa berbuah. saya tanam beberapa pokok dekat dekat dan dan naik rimbun dah bebunga tapi dah dekat 2 bulan masih tak lekat buah.
Terima kasih kerana keterangan diberi sangat berguna.
Terima kasih,penerangan yang sangat berfaedah.
Tqvm 4 all this effort, makcik. I'm an ulam freak so hari2 mkn ulam cicah budu pun momantai. Pucuk putat n ulam raja mmg heaven bagi sy. Bila mkn terpejam2 mata menikmatinya..hahahaah
This comment has been removed by the author.
Post a Comment
<< Home