Gulai Belinjau
Ini kami orang utara panggil buah belinjau. Belinjau muda warna hijau macam ni lah. Kalau belinjau yang dah masak (tua) kulit luar tu warna merah, selaput tengah warna hitam dan biji dia warna putih. Belinjau tua selalu orang buat kerepek/keropok belinjau. Sekarang ni senang nak beli kerepek belinjau dari supermarket sebab banyak di import dari Indonesia.
Kat sini kalau jumpa belinjau muda macam ni kat Pasar Tani atau Pasar Malam, selalunya kami buat kari.
Bahan-bahan
Buah Belinjau (dalam RM 2 gitu saja)
3 sudu rempah kari ikan
4-5 ekor udang basah
1 biji bawang besar
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
3-4 cawan air (ikut kepekatan yang anda suka)
Garam secukup rasa
Untuk menumis darat
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 inci halia
2 tangkai daun kari
Sedikit minyak masak
Cara memasak
1. Buah belinjau dibelah 2 dan direndam dalam air.
2. Buang selapu yang warna putih yang keras di antara kulit dan biji buah belinjau.
3. Basuh dan masukkan ke dalam periuk seperti di bawah
4. Masukkan udang, serbuk kari, garam, daun kari, bawang besar yang di potong dadu dan sedikit air ke dalam periuk
5. Masak sehingga serbuk kari garing sedikit, dan nampak pecah minyak.
6. Masukkan santan dan air ke dalam periuk tadi dan masak sampai mendidih.
7. Selepas masukkan santan, kacau kari tu untuk mengelakkan dari santan berketul.
8. Bila kari sudah mendidih angkat dari dapur atau tutup api dapur.
Untuk menumis
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
2. Hiris, bawang-bawang dan halia nipis-nipis
3. Goreng semua bahan-bahan menumis sehingga bawang kekuningan
4. Angkat dari dapur dan masukkan minyak yang panas bersama bahan gorengan ke dalam periuk kari
5. Tutup periuk.
Hasil akhir kari belinjau ni macam dalam gambar ni.
Selain dari belinjau, kari macam ni boleh dibuat dengan buah ramunggai, pisang muda dan nangka muda.
8 Comments:
An, special juga kari binjau awak tu..saya suka makan kari tu..tapi di PD tak ada buah binjau..keropok ada lah..Saya biasa makan yang buah dia lebih kecil dari yang awak gunakan, sebesar dua kepala mancis saiz dia..tak perlu belah, jarang sangat Melayu makan kari buah nih..awak keturunan Acheh yek ?
ariffinsbr : Nak buat curry kena yang besar sikit lah. Kat sini pun kadang2 jumpa kat pasar tani buah ni.
Tak, AN bukan keturunan Acheh, AN keturunan Siam + Melayu + Jawa :-). tapi yang reti cakap Melayu aje lah.
saya makan gulai belinjau nie. sedap, gulai mungai pun sedap.
auntyN ada resepi resam telur tak?
1na : resam telur tu AN pun tak tahu camna. Sorry lah no.
kak an.. kita penah mkn kari belinjau mmg sedapppp.. tu pon sbb ikut bestfren balik penang gi umah atok dier.. umah atok dier betul2 sebelang bendang sawah... mmg banyak pokok belinjau.. sampai2 jer umah dier.. atok dier tgh petik buah belinjau muda.. time tu kita x tahu utk apa.. petang tu jgak nenek dier masak kari daging letak buah belinjau.. sempat gaklah kita belajar cara nak siang bj belinjau dan memasaknya.. mmg sedapppp.. siap bwak balik seplastik biji belinjau muda ke JB... sampai JB.. kita pon masak kari daging belinjau daging.. bg org JB rasa lak.. 1st time mkn.. derang cakap mmg sedap.. :)
Saya sedang membiak pokok belinjau. Biak dari akar pokok tua di kampung Batu Pahat, Johor. Sekarang ada 13 pokok. Permulaan hidup susah nak jaga, tak boleh kena panas. Tanam sekali, dapat hasil tiap hari. Bila dah besar, memudahkan keluarga. Pucuk boleh petik tiap hari buat masak air, masak asam dan tumis. Kalau campur tempe lagi bagus (saya Jawa). Saya syor semua orang Melayu tanam belinjau kat rumah.
Samsul Saim ada pokok belinjau. AN ada tanam poko beliau ke? Saya minat nak tanam pokok belinjau tu. sapa nak jual satu pokok pada saya. Saya tinggal di Nilai NS. Boleh hantar ke Samsul? Harga berapa? Razak 0193586978
Samsul Saim ada pokok belinjau. AN ada tanam poko beliau ke? Saya minat nak tanam pokok belinjau tu. sapa nak jual satu pokok pada saya. Saya tinggal di Nilai NS. Boleh hantar ke Samsul? Harga berapa? Razak 0193586978
Post a Comment
<< Home