Friday, December 16, 2005

Rendang Nogori

Dah lama sangat dah tak update dengan resipi baru ni. Tapi aku dok teringatkan seorang anak dagang yang telah lama tak contact aku. Resipi ni dari dia lah ni. Kata dia reispi tradisi mak dia. Aku tahu dia selalu datang baca blog aku, cuma dia tak tinggal pesan atau pun berYM dah dengan aku. Aku harap dia sihat dan selamat.

Bahan-bahan

1 1/2 kg ayam - potong kecil
garam

Bahan Kisar/Giling /Blender

20-40 biji cili padi (pedas ikut suka, lagi banyak> cili lagi pedas)
1.5 inci halia
2 inci lengkuas
3-4 batang serai
12 ulas bawang merah - hiris (kalau kat oversea tak ada bawang merah > cuma guna 1- 1.5 biji bawang besar)
6 ulas bawang putih - hiris
(Bahan-bahan di atas dikisar sehingga halus)

1 sudu besar serbuk kunyit ( atau dalam 4 inci> kunyit hidup)
4 cawan santan pekat (dari 1 1/2 biji kelapa) -> (again di oversea guna 1-1.5 tin santan)
2 helai daun kunyit ( kalau tak jumpa di oversea> boleh guna daun limau purut atau daun parsley) or just omit this.
2 sudu besar kerisik - (di supermarket ada jual> 'sweet grated coconut' - goreng setengah bungkus -> tanpa minyak sampai warna coklat tua dan kemudian> ditumbuk atau diblender sehingga ia mengeluarkan> minyak)
Perahan air asam jawa
Garam secukup rasa

Cara-cara memasak

1. Masukkan ayam yang telah dipotong ke dalam kuali(kering) bersama campuran bahan-bahan yang telah dikisar serta kunyit.
2. Panaskan api (med. hi) atau agak-agak (Rasanya anak dagang gunakan oven atau microwave masa memasak ni)
3. Biarkan semuanya mendidih dan segala air yang keluar dari rebusan ayam bercampur bahan kisar hampir menjadi kering dan kacau sekali sekala (inilah rahsianya kalau nak sedap)
4.Kemudian baru masukkan santan.. dan tunggu hingga ianya menggelegak.
5. Kacau sekali sekala sambil>masukkan garam sedikit (agak-agak)
6.Bila dah nampak kuahnya menjadi pekat sedikit masukkan air perahan asam jawa ( boleh juga gunakan 2 keping asam gelugor).
7.Bila ianya sudah pekat dan hampir kering baru masukkan kerisik tadi.
8.Dan masak di atas api yang sederhana (medium or low medium).
9.Kalau nak kasi manis sikit boleh la letak gula merah (tapi orang Negeri tak campur gula )
10. Selepas dalam 15 minit boleh la decide samada nak teruskan ia kering sampai naik minyak atau kalau nakkan rendang yang berkuah sedikit, boleh la perlahankan api (lo). dan boleh lah dimakan.

Kata anak dagang ni walaupun simple resipi tradisi ni tapi sedap.

Selamat Mencuba

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Salam Rindu di angin lalu AuntyN.

Terbaca post ni. Memang jarang masuk Internet sembang-sembang dah kat komputer sekarang ni. Kat tempat kerja ni ada juga masuk jenguk-jenguk kat blog AN.
AuntyN will always be in my thought. I'm still here, and still the same old me! Thanks for posting the recipe that I gave you long time ago. Lupa nak bagi tau tambah daun kunyit kalau jumpa. Will give you a call one of these days. Have a wonderful day.

1:37 pm  
Blogger AuntyN said...

Salam Om. Take care where ever you are.

1:52 pm  
Anonymous Anonymous said...

i love kampong food espically rendang,please translate the recipe in english.thank Aunt N

1:34 pm  

Post a Comment

<< Home