Tuesday, November 08, 2005

Kari Ayam

Bahan-bahan

1 ekor ayam (dipotong 12 atau 16 bergantung kepada size atau berat ayam)
3-4 sudu makan serbuk kari daging (aku selalu pakai brand BABA's)
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 - 2 inci kulit kayu manis
1 inci halia (dihiris halus)
3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
2 biji ubi kentang
1 cawan santan pekat
3 cawan air atau lebih (ikut kepekatan yang disukai)
garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Memasak
1. Ayam di basuh dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir.
2. Kupas bawang merah dan bawang putih
3. Potong nipis2 untuk menumis.
4. Halia juga dihiris nipis2
5. Panaskan minyak di dalam periuk
6. Tumiskan bawang, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga. Kalau daun kari ada tumiskan sekali daun kari tu.
7. Bila dah bawang dah nampak garing dan naik bau.
8. Masukkan serbuk rempah kari ke dalam minyak. Kecilkan api, supaya serbuk kari tak hangit. kacau dan masukkan sedikit air (dalam setengah cawan)
9. Masukkan ubi kentang yang telah di kupas dan di potong empat atau enam (ikut saiz ubi)
10. Masukkan ayam ke dalam rempah tadi. Kacau supaya rempah jangan kering dan hangit. Biarkan begitu sampai rempah pecah minyak. Kalau rempah nampak terlalu kering tapi belum pecah minyak tu, masukkan sedikit lagi air.
11. Masukkan garam secukup rasa. Sedikit serbuk perasa kalau suka
12. Bila rempah dah pecah minyak dan ubi kentang serta ayam dah nampak empuk, masukkan santan dan air. Kacau supaya santan jangan berketul. Bila dah mendidih boleh lah angkat dari api.

Note :

1. Boleh juga masukkan sedikit kerisik kalau suka ke dalam rempah yang di tumis.
2. Kalau nak boleh juga masukkan buah tomato ke dalam kari tapi akan terasa masam sedikit kari tu.
3. Kalau tak ada santan, boleh tukar dengan susu cair atau air sahaja (kari tanpa santan tu)

Labels:

8 Comments:

Blogger JoeBangla said...

bunga lawang ,buah pelaga tu apa?

1:22 am  
Blogger AuntyN said...

Joe : Bunga lawang tu in English ialah Star Anise (Sejenis rempah yang macam star tu)> Buah pelaga tu kecik warna dia putih kekuningan lebih kurang macam kacang pistachio yang dah dibuang kulit, size dia tu. Pergi tengok gambar kat resipi Sup Tulang di archive. Semua rempah disitu boleh pakai buat kari ayam ni.

8:22 am  
Blogger Ni said...

auntyn, dekat tempat saya ada masak kari tapi tak guna santan- apa nama kari tu ye? mak saya panggil gulai tumis tapi bila tanya kat orang- depa tak pernah dengar

6:26 pm  
Blogger Iskandar Syah Ismail aka DR Bubbles said...

kak auntyn,

macam mana nak tau bila dah pecah minyak? how to avoid it?

11:14 am  
Blogger AuntyN said...

Sorry lambat balas komen ni ye Cikni dan Is.

Cikni : tak tahu lah nama apa kari tu.

Is : selalunya kita kena bagi pecah minyak sikit rempah tu. Sebab rempah kalau pecah minyak tu tandanya dia dah garing. Kalau takpecah minyak tak berapa sedap rasa kari tu. Pecah minyak tu bila rempah yang dimasak tu berminyak rupanya.

Rajin Is masak no...

4:51 pm  
Blogger ApiEs said...

aunty.. nak tanye.. kalu x der daun kari cm ne ek... ape beza letak daun kari dengan x letak. yg sye tau ble ltak daun kari, rasa kari akan lebih menyerlah. tetapi dari segi rasa ade effect x??

2:00 pm  
Anonymous Anonymous said...

Kalau biji dan daun kari xde, masih boleh diteruskan tak? Masih menjadi kari ayam?

1:53 pm  
Anonymous gulai said...

gulai ayam lezat banget dinikmati bersama keluarga tercinta, cara membuat nya pun mudah

12:35 pm  

Post a Comment

<< Home