Wednesday, October 19, 2005

Mee Kuah

Entah pasal apa aku ni menjadi malas nak update blog resipi ini. Agaknya pasal bulan puasa, bila dok tulis resipi jadi terliur pulak dan terasa lapar. OK lah hari ini aku update dengan 2 resipi Mee Kuah. Satu yang di beri oleh ibuVogue dan satu lagi resipi aku sendiri.

A. Mee Tomato (resipi ibuVogue)

Bahan-bahan

ubi keledek kuning
daging
serai 3 batang
sos tomato Aminah Hassan (atau yang sama dengan nya)
fish ball. fish cake
bawang merah, bawang puteh, halia
cili kering di blend

mee
sawi, taugeh, (di celur)
telur rebus
cili besar di potong
daun sup/bawang mayang halus
bawang goreng

rebus ubi keledek sampai tender,
jgn buang air rebusan.simpan
blend/lenyek

Cara Memasak Kuah Mee
1. Tumis bawang merah, bawang puteh dan halia.halia ni sikit je.

2. Naik bau masukkan cili kering yg diblend tadi , daging ,serai yang diketuk,masukkan semua sekali
3. Agak agak daging dan cili dah sebati masukkan ubi keledek yg di blend tadi+ air rebusan ubu keledek
4. tunggu sampai gelegak, masukkan fish cake, fish ball..dan sos tomato tadi..kalau botol kecik dlm setengah botol la..( untuk periuk berdiameter 21cm)
garam gula secukup rasa

kuahnya akan kelihatan kemerahan dan agak pekat..rasanya mcm pedas+manis +masam



B Kuah Mee (Resipi AuntyN)

Bahan-bahan

Mee dan perencah-perencahnya
1 kg Mee kuning
1/2 kg taugeh
2 keping tahu basah (di perap dengan garam, di goreng dan di potong nipis)
2 keping fish cake (kalau suka digoreng dan di potong halus halus)
Beberapa biji fish ball ( digoreng dan di potong halus)
Daun bawang, daun saderi di potong halus
Bawang Goreng
Telur rebus yang di potong juga
Ubi kentang (direbus hingga empuk dengan kulit, kupas kulit dan potong nipis)
Cucur udang yang nipis dan rangup kalau rajin lah.

Untuk Kuah

400 g daging kisar (ayam atau daging)
4 - 5 biji (bergantung kepada saiz ubi) Ubi keledek yang kecil
2 biji ubi kentang
2 biji tomato buah
3 -4 sudu makan cili kering yang telah di blend halus
Bawang merah, bawang putih (diblend bersama cili kering)
Sedikit sos tiram, kacang tanah yang dikisar dan kicap
Garam


Cara Memasak Kuah

1. Ubi keledek dan ubi kentang di rebus dan di blend sehingga hancur lumat.
2. Masukkan ke dalam periuk
3. Masukkan cili dan bawang2 yang telah diblend sekali, kacang tanah.
4. Masukkan daging kisar (kalau suka boleh tambah udang/ketam ke dalam kuah mee)
5. Masukkan air mengikut kepekatan yang disukai.
6. Rebus sehingga daging menjadi empuk
7. Masukkan garam, sos tiram kalau ada dan sedikit kicap.
8. Masukkan buah tomato yang telah di belah ke dalam kuah
9. Angkat dari api apabila sudah mendidih dan daging telah empuk.
10. Gorengkan bawang merah dan bawang putih yang di mayang halus dan masukkan ke dalam kuah mee.
11. Boleh juga masukkan daun saderi ke dalam kuah untuk menambah rasa dan bau.


Menyediakan mee basah

Rendam mee buat seketika sebelum di basuh. Ini untuk membuang bau kimia pada mee kuning.
Rebus air di dalam periuk dan masukkan mee kuning
Apabila mee sudah lembut, tos kan air panas dan basuh mee tadi dengan air sejuk sehingga mee menjadi sejuk. Kanji dari mee akan keluar dan mee tidak mlekat-lekat.
Hidang kan

Celur taugeh dalam air panas mendidih buat seketika.

Bila semua dah tersedia, masukkan mee, taugeh dan perencah-perencah mee tadi dan masukkan kuah. Taburkan sedikit bawang goreng dan hirisan daun bawang/saderi. Kalau suka tambah dengan cili muda yang di potong.

Mesti terangkat ni. Cuba dan beritahu apa komen anda tentang resipi ini.

11 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Nak cuba resipi Mee Kuah nilah AN,nampak sedap - meleleh air liur. Esok nak gi Asian Market to get the necessary ingredients.

5:31 am  
Blogger AuntyN said...

om, silakan then tell us sedap ka tak OK?

2:28 pm  
Anonymous Anonymous said...

Sedapnya tak terkata AuntyN, sehinnga menjilat jari!! Thanks for the recipe!

Sebab mi kuning macam kat pasar kat Malaysia tu tak jumpa, cuma beli thin spaghetti , bila dah rebus dan campur minyak sikit nampak macam mi jugak dan tak ada bahan kimia.
Rasa kuah sedapnya ya rabbi. Later AN!

5:53 pm  
Blogger AuntyN said...

Om Alhamdulillah kalau sedap. Nanti balik sini boleh masakkan untuk aunty OK?

4:29 pm  
Anonymous Anonymous said...

ambboi memang sedap. hubby cakap ada macam-macam jenis mee rebus (sebab tiap kali buat rasa jadi lain-lain) tapi yang ni memang sedap dok rasa macam makan tepi lut
MIL tak pernah puji menantu dia masak sedap tapi cara dia makan slurpp slurpp tu lega rasanya..
FIL macam biasa nak puji takut MIL jeling
bagi yang cuba, buatlah memang berbaloi kerja keras pergi pasar pergi pasar
AuntyN saya asal penang tapi cari makan dan kawin tercampak nun jauh diselatan, nasib baik kat bandaraya JB kalau tempat lain huh tak tau la...

3:06 pm  
Blogger AuntyN said...

anon : Alhamdulillah, senanghati dengaq MIL, FIL dan hubby puji masakan cek no...
Tolong habaq mai sapa nama cek ni...

10:22 pm  
Anonymous Anonymous said...

an

Saya dah cuba resepi ni semasa turn saya jadi host utk sembahyang tarawikh.org utara kata moreh la. mee tu saya guna spagheti. memang sedap betoi.

11:58 pm  
Blogger AuntyN said...

Alhamdulillah autumn.

9:36 pm  
Anonymous Anonymous said...

saya rasa pu nak try juga..teringin masakan Malaysia..Nanti balik Malaysia bolehlah saya buat open house mee kuah speghetti..alright tak?

8:37 pm  
Blogger zura said...

mmmm....bestnyer resepi2 ni.

sambil2 cuba resepi apa kata singgah shopping kat sini kejap

http://myvirtualshoppe.blogspot.com/

5:06 pm  
Blogger Unknown said...

auntyN, tnya skit...400gm daging kisar tu yg dah ready made macam brand Ramly tu ker atau kita kena kisar sendiri daging tu...sorry x taula

1:16 pm  

Post a Comment

<< Home