Thursday, October 06, 2005

Kanji Gandum

Sekarang ni bulan Puasa. Kat mesjid selalu diorang buat bubur kanji atau dipanggil jugak bubur lambuk (mungkin ada beza sedikit dari negeri ke negeri) Selalunya kanji ni di buat dengan beras, tapi keluarga aku terutama keluarga hubby lebih suka dibuat dengan gandum. Kalau yang tak suka gandum boleh lah gantikan dengan beras.

Bahan-bahan

300 g gandum biji (bukan tepung ye)
1 batang serai dititik
2 inci halia di kupas dan di ketuk
1 sudu makan halba
3 tangkai daun kari
100 g daging kisar (ayam atau daging mana2 pun boleh)
100 g udang basah
serbuk lada putih/lada hitam
2 cawan santan pekat
air
garam

Untuk menumis

Daun kari
10 ulas bawang merah di potong nipis
3 ulas bawang putih di potong nipis
1 inci halia di rincik halis
1 sudu jintan manis

Cara Nak Buat Kanji

1. Basuh dan rebus gandum sehingga kembang
2. Selalunya daging, udang, serai, halia dan daun kari (dengan tangkai sekali) di masukkan sekali semasa merebus tadi tu. Tapi kalau lambat sedikit pun tak apa. Cuma kalau pakai daging saja nak make sure daging empuk.
3. Bila gandum dah kembang semuanya, dan bahan2 yang tadi dah naik bau, masukkan santan, air, serbuk lada dan garam. Adjust kepekatan untuk sesuaikan dengan cita rasa sendiri. Kalau suka pekat kurangkan air.
4. Selalunya kanji ni pekat sedikit dari bubur yang manis tu.
5. Biarkan sampai mendidih. Angkat dari dapur.
6. Tumis kanji dengan cara tumis ataih darat yang aku selalu buat tu.

Caranya ialah dengan memanaskan minyak masak dan sedikit ghee ke dalam kuali. Goreng bahan2 memunis sehingga garing. Masukkan semua bahan2 yang di goreng berserta minyak sekali ke dalam periuk kanji tadi.

Untuk hiasan, taburkan sedikit bawang goreng dan hirisan daun bawang dan daun bawang/daun saderi.

Dah pun jadi...

p/s Pada yang lain2 tu yang dok mintak resipi yang itu dan ini, harap bersabar. InsyaAllah akan aku usahan menulis resipi2 yang di minta tu.

14 Comments:

Anonymous Anonymous said...

AuntyN,

Thanks for the recipe... rupanya macam nak buat bubur lambuk la eh... tapi kan.. kat mana nak dapat gandum biji tu eh? Rupa dia cemana ek?

5:19 am  
Blogger AuntyN said...

Audra : Gandum ni ada di jual terus dalam paket, pandai2 lah cari. Atau pergi Carrefour dan sewaktu dengan nya kat dalam balang2 tempat diorang jual barley, pulut hitam, sana2 tu cari kat situ pun ada. Rupa dia macam barley sikit tapi kekuningan warna dia. OK?

6:25 am  
Blogger Queen Of The House said...

Thank you Kak N (okay kan panggil Kak N?) ... esok lusa nak buat. Tak sabaq nak makan!

11:11 am  
Anonymous Anonymous said...

Orait AuntyN.. petang karang saya pegi Carrefour carik..

Thank youuu... :)

11:14 am  
Blogger AuntyN said...

QOTH : *blush* rasa muda lah. Kak N pun OK.

Audra and Onde : kalau dah cuba cakap le sedap ke tak OK?

12:50 pm  
Anonymous Anonymous said...

hi auntyn...got to know ur blog through adiejin's..menarik sungguh blog resipi nihh...gambar pun ngancam!...nanti nak try laa puding caramel...thanx 2 u!

-Milah-

1:23 pm  
Blogger Ni said...

quote "yang lain2 tu yang dok mintak resipi yang itu dan ini"

malu eh, aku le salah sorang tu....

1:46 pm  
Blogger AuntyN said...

Milah : terimakasih. Cubalah, kalau Ok Alhamdulillah

CIkNi : apa pulak nak malu tu? I yang malu sebab syiok sendiri hehehe, orang tanya itu ini...

2:54 pm  
Anonymous Anonymous said...

Sounds yummy, AuntyN! I love kampung food!:) Thank you so much for sharing.

4:19 pm  
Blogger AuntyN said...

apple : You are welcome my dear.

1:02 pm  
Blogger nae said...

Hi AuntyN,
Kalau boleh..post le resepi daging bakar ye. My fav food waktu duduk Langkawi dulu dulu.

12:05 pm  
Anonymous Anonymous said...

ohh gitu rupanya masak kanji...dolu-dolu dok ingat kanji ni macam masak kanji buat gam...tapi manis. apsal nama kanji ye.

1:13 pm  
Anonymous Anonymous said...

takde gambar ker? kalau ada gambar bubur lambuk nih mesti lagi terliur dibuatnya. anyway, cool blog......like this one....

9:01 pm  
Anonymous Anonymous said...

awat dah tak dak resepi baru kak N oi...bulan2 posa tak dan kaa nak boh resepi baru? hehehe

4:48 pm  

Post a Comment

<< Home