Wednesday, October 26, 2005

Lontong

Note : Lontong ni makanan Jawa, popular di belah Johor (harap betul lah fakta aku ni) Tapi resipi Lontong aku ni dah di modify sedikit untuk mengikut citarasa aku dan keluarga. Aku juga dedicate resipi ini untuk Princess di Colorado. Dia dah mintak dah lama dah, tapi aku baru nak postkan resipi ini.

1. Sayur Lodeh

Bahan-bahan

Sayur-sayuran

Carrot
Kobis
Kacang panjang
Tahu basah
Soh hun (tanghun - kata orang utara)
Sayur fucuk
Terung

Untuk menumis

4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
100 g udang kering (udang basah pun boleh)
sedikit minyak masak

Untuk kuah

Cili kering yang di blend sehingga halus
Garam
Serbuk kunyit
Santan
Air

Cara memasak

1. Sayur-sayuran (kobis, karot, kacang panjang dan karot di potong)
2. Soh hun dan sayur fucuk di rendam sehingga lembut. Sayur fucuk di potong supaya jangan terlalu panjang
3. Tahu di potong empat atau enam bahagia setiap satu.
4. Panaskan minyak di dalam periuk
5. Tumis bawang2, sehingga hampir garing, warna kekuningan.
6. Masukkan udang kering/udang basah
7. Masukkan cili yang telah diblend halus. Sukatan ikut suka tahap kepedasan. Original sayur lodeh tak masukkan cili.
8. Bila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan air untuk kuah.
9. Masukkan santan ikut kepekatan yang anda suka. Janag terlalu pekat.
10. Masukkan garam, dan serbuk kunyit ke dalam kuah. Kacau sehingga sebati.
11. Masukkan sayur yang lambat untuk empuk, terung, karot, soh hun dan fucuk.
12. Bila kuah sudah mendidih masukkan sayur-sayur yang lain, kobis dan kacang panjang.
13. Masukkan tahu yang telah di potong. Didihkan.

Kalau ada tempe, boleh masukkan salah satu dari cara ini :-

1. Perap tempe dengan bawang putuhyang telah di tumbuk halus, kemudian goreng. Potong menjadi square dan masukkan ke dalam kuah.
2 Boleh juga di masukkan kemudian bersama nasi himpit.


2. Nasi Impit

1. Paling senang, beli yang siap di jual dalam plastic, jenama berbagai (NONA, ADABI dan sebagai)
2. Basuh plastik berisi beras dan rebus dalam air yang melitupi plastic beras untuk sekurang2nya 4 jam. Kalau air kurang, tambah lagi ke dalam periuk.
3. Semasa di dalam periuk balik, balik kan kampit nasi supaya masaknya rata.
4. Boleh di masukkan daun pandan dan garam ke dalam air rebusan
5. Apabila sudah masak, angkat nasi impit, kemudian perlulah di sejukkan selama 12 jam sebelum dipotong. Jika tidak, nasi impit akan tidak menjadi manpat.

Kalau tidak ada nasi impit segera, cara nak buat nasi impit ni tak lah berapa susah.

1. Basuh beras dan masukkan ke dalam rice cooker. Campurkan sedikit garam.
2. Masukkan air dalam sukatan yang berlebihan. Jika selalu 1 sukatan beras di tambah 1 sukatan air, kali ini gandakan sebanyak 2 kali sekurang kurangnya. Apabila nasi yang lembikk ni dah masak, lenyekkan dengan sudip sehingga nasik nampak pecah2 halus.
3. Lapik kain linolin, atau kain cotton (putih) kedalam bekas atau acuan kek pun boleh.
4. Masukkan nasi lembik tadi ke dalam kain dan lenyekkan lagi.
5. Kemudian ratakan di dalam bekas, tekan untuk memanpatkan nasi tadi.
6. Bila dah agak manpat, balut kain tadi, tutup bekas atau acuan dah tindihkan dengan susuatu objek yang berat. Lesung batu pun boleh. Biarkan sehingga sejuk. Potong bila dah cukup sejuk.

Apabila sudah masak nasik impit dan sayur lodeh, masukkan nasik impit yang telah di potong mendaduke dalam mangkuk, kemudian masukkan kuah sayur lodeh. Untuk menambah kesedapan lontong, boleh tambah kuah kacang atau serunding semasa memakan lontong.

Selamat Mencuba untuk hari raya ini OK.






5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Dear Aunty
I tried your Sayur Lodeh recipe, and it was fantastic! Stumbled upon your blog when looking for inspiration to cook. With limited resources here in my London kitchen, i improvised the sayur with whatever veggie i had, and alhamdulillah, it turned out great! Thank you so much! Your sayur lodeh made my day! :)

2:43 am  
Blogger AuntyN said...

Dear Anon : Alhamdulillah. Sayur tu apa pun OK. :-)

5:13 pm  
Anonymous Anonymous said...

Dear AN,
Tengkiu tengkiu very very much..!!! You're the kindest!!!!

Princess

11:20 am  
Blogger AuntyN said...

Princess,

Sama2. Tak de apa pun resipi je tu hehehe. Dah try ke belum?

1:53 pm  
Anonymous Anonymous said...

Kalau boleh letak lah gambar...:)

http://blogresipi.wordpress.com/

3:03 am  

Post a Comment

<< Home