Wednesday, March 01, 2006

Kerabu

Dah agak lama aku tak bubuh sini resipi dari dapur aku sendiri. Tapi banyak jugak resipi yang Kak Mutiara dan AMZA bagi kat aku. Nanti selang seli aku akan uploadkan jugak OK. Hari ni aku nak bagi resipi kerabu. Kerabu ni dia buat dari berbagai ulam-ulaman. Banyak ulam-ulam yang boleh dibuat kerabu. Macam salad agaknya bermacam salad boleh dibuatkan.

Kerabu

Resipi 1.

Sesuai untuk ulam-ulan dedaun seperti pucuk kadok, cekur, selom, pucuk paku dan sebagainya. Juga sesuai untuk kekacang seperti kacang botol, kacang panjang atau kacang buncis.
Taugeh pun sesuai.

Bahan-bahan

Ulam-ulam yang perlu di potong halus-halus. Ada yang boleh di makan secara mentah ada juga yang perlu di celur sedikit seperti kekacang dan taugeh.

30 - 40 g Kerisek

Cili merah (5 - 7 biji) Kalau suka pedas boleh tambah cili padi.

Belacan

Bawang besar dimayang nipis

1/2 inci halia yang di mayang halus

Udang basah dalam 5 -6 ekor. Di rebus denganair yg sedikit.

2-3 sudu Air asam jawa dan garam secukup rasa.

Cara membuat kerabu.

1. Kalau ulam-ulam yang di gunakan perlu di celur sila celurkan dulu dan potong halus2.
2. Tumbuk cili, garam dan belacan seperti membuat sambal belacan.
3. Bila dah siap masukkan udang basah, kerisik, bawang besar dan halia. Gaulkan dengan rata campuran sambal itu. Masukkan air asam
4. Gaulkan Ulam-ulaman yang telah di potong tadi sehingga menjadi sebati dan rata.
5. Dah boleh di hidang dah ni.

Resipi 2

Resipi ni aku selalu buat sama ada guna ulam kacang botol/kacang kelisa atau daun selom.

Bahan-bahan

Ulam ( 5 -6 tangkai daun selom atau 3 -4 biji kacang botol)
1 kumtum Bunga kantan, di rincik halus-halus
1 biji limau nipis
3 - 5 biji cili merah
3 -4 ekor udang basah yang di rebus (air rebusan jangan banyak hanya sekedar untuk masakkan udang saja) Kalau ada air rebusan boleh masukkan dalam kerabu biar basah2 sikit.
Garam
1 labu bawang besar yang di mayang halus

Cara membuatnya

1. Tumbuk cili sampai lumat bersama garam dan udang yang telah di rebus tadi tu
2. Gaulkan bahan-bahan ini. Masukkan sedikit air perahan limau nipis.
3. Gaulkan semua ulam, bunga kantan dan bawang besar ke dalam campuran sambal tadi tu.
4. Gaul hingga rata
5. Dah siap untuk di makan

11 Comments:

Blogger AyunasiA said...

Aunty, bagi la resepi charkueytiow yg aunty buat time raya bbq tuh. ok?

8:51 pm  
Blogger AuntyN said...

norasiah : resipi char koey teow tu my adik lelaki punya dia tak nak bagi. Nanti nak pergi curi kat kakak ipar kalau dia nakbagi tu hehe

3:33 pm  
Blogger Bergen said...

This is good stuff, Aunty N. Gosh I'm starvin'

8:27 pm  
Blogger AuntyN said...

bergen, want to share soem of your recipes? I know we can use some of your culinary skill.

12:58 pm  
Anonymous Anonymous said...

Oh alahaaaai... mmg teringin nak makan kerabuuuu....

2:04 pm  
Anonymous Anonymous said...

aunty, nk resipi ntuk org bujang leh tau masakan yg mudah selain n.goreng :P...

7:10 pm  
Anonymous Anonymous said...

assalamualikum,

kalau nak tau my husband suka masak2 kerabu nih, dah lama suruh saya masak tapi tak pandai, bila ter'dropped' ket web u, apa lagi menonong i ke pasar beli ulam2 tu dah buat. Fullamak.... suka laki aku. healthy food katanya - makanan kambing kata i (daun2). hehehe. masa fam dr kpg dtg visitg lak, masing2 sibuk tanya mana pandai masak nih - i'm d worse cook in d fam!!!
tq kak. bole bg resepi kerabu daging pulak tak. i suka yg tuh!

insan_biasa.jb

7:46 am  
Blogger AuntyN said...

mar : pi lah makan :-)

harif : watch this space from time to time, there may be something for you. :-)

permataku : Alhamdulillah, something good came out of this blog :-)

5:40 pm  
Anonymous Anonymous said...

You punya blog power gila.....I suka your gambar very cool. Anyway selamat bekenalan dari makcik S'pura.

4:25 pm  
Anonymous Anonymous said...

kerisik tu boleh beli ke?ke kene buat sndiri...sori br nk belajar...

11:24 am  
Anonymous Insulation Contractors Alameda said...

This was lovely thanks for sharing

8:32 pm  

Post a Comment

<< Home