Sunday, September 28, 2008

Ayam Masak Serai Lengkuas

Resipi ni resipi tradisi mak aku. Setiap tahun kami akan masak ni masa raya. Selain dari ayam, boleh lah jugak guna daging. Tapi masukkan daginf lebih awal sedikit dari ayam untuk empukkan daging tu.

Bahan-bahannya

1 ekor ayam dipotong 12 (atau ikut suka kalau nak besar ke kecik lagi)
1 batang lengkuas kalau yang tua sikit tu. Dalam 3 inci panjang
3 - 4 batang serai
2 inci halia
2 inci/ulas kunyit hidup
10 biji cili kering
6 - 7 ulas bawang merah
2 -3 ulas bawang putih
1 cawan santan pekat
1 paket (40 - 50 g) kerisik
1 keping asam gelugor (atau sedikit air asam jawa)
2 sudu minyak masak
2 sudu minyak sapi
Garam & sedikit gula secukup rasa.
Daun kunyit


Cara-cara Memasak

1. Bersihkan ayam dan toskan

2. Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dikisar.

3. Panaskan api, masukkan minyak masak dan minyak sapi dalam kuali.

4. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang dikisar.

5. Masukkan kerisik dan kacau sehingga pecah minyak dan naik bau. Harum semerbak bau dia tau.

6. Bila campuran yang ditumis dah pecah minyak masukkan ayam ke dalam tumisan tadi. Kacau sehingga sebati. Biarkan sekejap (dalam 5 minit).

7. Masukkan santan dan 2 cawan air (atau ikut suka nak pekat mana kuah nya tu).

8. Masukkan, garam dan sedilit gula (1 sudu pun dah OK, lebih elok kalau gula merah), asam keping dan hirisan daun kunyit ke dalam masakan dan biarkan mendidih.

9. Bila ayam dah empuk, kuah dah pekat ikut kesukaan anda, boleh lah di angkat.

Kalau ada masakan ini yang tak habis di makan, boleh dikeringkan dan dibuat serunding. Sedap tau kalau dimakan dengan roti, ketupat, lemang dll.

Cubalah untuk raya tahun ni, lepas tu cerita kan AN macam mana experience korang masak ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Bathin

Labels:

Thursday, September 25, 2008

Koay Teaw Kerang / Koay Teaw Goreng

Resipi ni untuk Aida Marlina. Dia yang mintak, jadi dia kena cuba dan beritahu, sedap ke tidak. Macam testimonial gitu lah kan, hehehe.

Next resipi would be ayam serai lengkuas. Tunggu sat 2, 3 hari lagi. Nanti AN postkan.

Bahan-bahan

1 paket kaoy teaw (selalunya dalam 1/2 kilo atau 300 g)
150 g taugeh
100 g isi kerang (beli yang dah di buang kulitnya, ada kat pasaraya)
100 g udang basah (AN suka campur udang jugak)
2 sudu besar sos tiram
2 - 3 sudu sos cili
2 biji telur
2 paket perencah bihun/nasi goreng ADABI
10 biji cili kering dikisar atau 2 sudu cili paste yang sudah dikisar.
5 ulas bawang merah (3 untuk di kisar bersama cili kering, 2 untuk ditumis)
4 ulas bawang putih (2 ulas untuk dikisar bersama cili kering, 2 ulas untuk ditumis)
Kucai yang di potong lebih kurang 1 inci panjang
2 biji tahu
10 biji fish ball
2 keping fish cake
Gula, kicap dan garam secukup rasa.
Daun saderi dan daun bawang di potong halus untuk hiasan


Cara-cara nak goreng

1. Tahu dibersih dan di perap dengan sedikit garam. Kemudian goreng.

2. Fish cake dan fish ball juga di goreng.

3. Tahu, fish ball dan fish cake ini di potong nipis untuk hiasan.

4. Cili kering di kisar bersama bawang merah dan bawang putih. Kalau nak kisar cili sahaja pun OK.

4. Panaskan 2 sudu besar minyak di dalam kuali.

5. Hiris bawang putih dan bawang merah dan tumis di dalam minyak.

6. Apabila sudah kekuningan, masukkan udang basah, isi kerang. Goreng sehingga udang nampak sudah masak.

7. Masukkan cili kisar dan goreng hingga cili pecah minyak atau agak garing. Kalau kurang garing mungkin terlalu pedas.

8. Masukkan perencah ADABI, sos tiram, sos cili.

9. Pecahkan telur ke dalam sambal tadi. Kacau.

10. Masukkan garam, gula, sedikit kicap.

11. Masukkan taugeh, kucai dan akhir sekali koayteaw.

12. Kacau sehingga semua adunan sebati.

13. Bila dah semua sebati dan yakin sudah masak, bolehlah dikaut ke dalam pinggan.

14. Hias dengan daun saderi & daun bawang, fish cake, fish ball dan tahu yang telah dihiris.

Selamat mencuba. Jangan marah dengan AN kalau mak mentua lalu korang buat tak tahu je... hehehe.

Labels: