Sunday, September 28, 2008

Ayam Masak Serai Lengkuas

Resipi ni resipi tradisi mak aku. Setiap tahun kami akan masak ni masa raya. Selain dari ayam, boleh lah jugak guna daging. Tapi masukkan daginf lebih awal sedikit dari ayam untuk empukkan daging tu.

Bahan-bahannya

1 ekor ayam dipotong 12 (atau ikut suka kalau nak besar ke kecik lagi)
1 batang lengkuas kalau yang tua sikit tu. Dalam 3 inci panjang
3 - 4 batang serai
2 inci halia
2 inci/ulas kunyit hidup
10 biji cili kering
6 - 7 ulas bawang merah
2 -3 ulas bawang putih
1 cawan santan pekat
1 paket (40 - 50 g) kerisik
1 keping asam gelugor (atau sedikit air asam jawa)
2 sudu minyak masak
2 sudu minyak sapi
Garam & sedikit gula secukup rasa.
Daun kunyit


Cara-cara Memasak

1. Bersihkan ayam dan toskan

2. Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai dan kunyit hidup dikisar.

3. Panaskan api, masukkan minyak masak dan minyak sapi dalam kuali.

4. Bila minyak dah panas, masukkan bahan yang dikisar.

5. Masukkan kerisik dan kacau sehingga pecah minyak dan naik bau. Harum semerbak bau dia tau.

6. Bila campuran yang ditumis dah pecah minyak masukkan ayam ke dalam tumisan tadi. Kacau sehingga sebati. Biarkan sekejap (dalam 5 minit).

7. Masukkan santan dan 2 cawan air (atau ikut suka nak pekat mana kuah nya tu).

8. Masukkan, garam dan sedilit gula (1 sudu pun dah OK, lebih elok kalau gula merah), asam keping dan hirisan daun kunyit ke dalam masakan dan biarkan mendidih.

9. Bila ayam dah empuk, kuah dah pekat ikut kesukaan anda, boleh lah di angkat.

Kalau ada masakan ini yang tak habis di makan, boleh dikeringkan dan dibuat serunding. Sedap tau kalau dimakan dengan roti, ketupat, lemang dll.

Cubalah untuk raya tahun ni, lepas tu cerita kan AN macam mana experience korang masak ni.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Bathin

Labels:

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

ape resepi terbaru aunty an?????

1:21 p.m.  

Post a Comment

<< Home