Wednesday, October 22, 2008

Spaghetti Bolognaise Ala Kampung

Amboi, amboi bersemangat pulak dah AN ni nak tulis resipi baru ni. Bukan apa hari tu bila AN terbaca kat blog Ezza dia tu, dia ada mintak resipi spaghetti, tapi AN bagi yang modify pakai sos prego tu. Nak letak resipi tu rasa macam bukan original so tak pernah letak pun resipi Spaghetti ala Prego tu. Lepas tu AN pun teruja nak masak spaghetti jugak kat rumah cuma sos prego tak ada. Jadinya AN pun cuba "create" resipi sos spaghetti ala kampung ni sendiri. Mesti nak kena ikut selera melayu kampung, bukan selera Italian. Mamposlah AN kalau AN bagi Mr Vanucci (my ex-Italian Colleague) mencuba masakan ni sure dia cakap macam ni.

"N, please don't call this spaghetti bolognaise. This is FOOD, but not spaghetti bolognaise, OK!!"

Dia tu bukan apa, cuma dia takut nama baik makanan bangsa dia tercemar. Aduhai Mr Vanucci. hehehe. mungkin satu hari aku reflect balik pasal Mr Vanucci ni kat blog. A real interesting character.

Btw, dipanggil "bolognaise" tu sebab pakai ada daging (ayam atau daging lembu etc, etc)

Bahan-bahan

1 botol sos Sweet and Sour Life brand
5 - 6 biji buah tomato
1/2 kilo daging kisar (ayam atau lembu) AN pakai Ramly's brand
1 paket sosej Ayamas berkeju
10 biji cili kering (ikut suka kalau nak pedas, tambah lagi)
6 - 7 ulas bawang merah
2 -3 ulas bawang putih
2 sudu besar tomyam paste
2 labu bawang besar
Cendawan butang
Capsicum (lada benggala)
Keju (Kalau ada, kalau tak memadai dengan yang dalam sosej ayam)
50 g lepa susu (marjerin/butter)

1/2 paket spaghetti
Sedikit keju parmesan kalau ada


Cara Membuat Sos

1. Panaskan periuk, masukkan lepa susu (marjerin/butter). Tambah sedikit minyak masak supaya minyak tidak menjadi hitam.

2. Potong 2 ulas bawang merah dan 1 ulas bawang putih. Tumis dalam minyak tadi.

3. Selebih bawang tadi kisar dengan cili kering bersama buah tomato.

4. Bila dah nampak bawang tu garing atau kekuningan, masukkan cili dan buah tomato yang telah di kisar halus. Goreng sampai garing.

5. Selepas tu masukkan 2 sudu besar paste tomyam ke dalam cili tadi, masukkan sedikit air supaya tidak melekat.

6. Masukkan sos sweet & sour dan kacau.

7. Masukkan daging kisar, serta sosej berkeju yang telah di cincang halus.

8. Gaulkan sos itu sehingga rata.

9. Bila nampak daging dah masak, masukkan air sesuka kepekatan sos. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu kering.

10. Potong cendawan yang dikeluarkan dari dalam tin, dan capsicum. Masukkan ke dalam sos. Tambah keju kalau ada, dan rasa sos. Kalau masih kurang garam, masukkan sedikit garam dan sedikit gula untuk menambah perisa.

11. Kalau suka rasa masam, tambah sos atau buah tomato, Uncle Z tak suka masam-masam jadi AN tak boleh nak buat masam sangat.

12. Bila dah mendidih dan dah elok kepekatan sos tu boleh lah di angkat.

Cara nak rebus pasta.

Cara ni memang AN tengok sendiri sorang perempuan Italy masak pasta ni masa kat company dulu. Dia datang dari Italy kami suruh dia masak spaghetti untuk kami.

1. Rebus air sehingga mendidih, masukkann sedikit garam

2. Bila air dah mendidih baru masukkan pasta ke dalam periuk. Kalau air tak sempat mendidih, past tu akan melekat sesama sendiri.

3. Nak tahu masak ke tak, kena lah keluarkan dari dalam periuk sedikit, se utas, dan rasa sama ada dia maska ke tak. Kalau ikut macam kat paket tu AN tak yakin boleh masak. Tapi jangan terlalu lama, nanti jadi bubur pulak.

4. Dah masak, akan dan toskan.

5. Hidang dalam pinggan dan sendukkan sos ke atas pasta. Dah siap untuk di makan.


Nak tahu sedap ke tak kena cuba masak dulu. Tapi yang AN tahu hari tu Uncle Z tambah 2 pinggan pasta tu. Dia sebenarnya tak suka makan pasta bolognaise sebab sos dia masam.

"Buono Apetito"

Labels:

9 Comments:

Blogger Ezza Aziz said...

hidup kak AN.
macam ni la best...makanan kita ,kita reka sendiri..biar la kawan Kak AN tu nak kata apa..asal kan lidah kite ni boleh terima...Kalau uncle Z boleh tambah sampai 2 pinggan,makna nya mission Kak AN dah berjaya. Bukan senang nak pikat selera lelaki melayu ni, kan! Nanti saya nak cuba versi kak AN ni pulak...Hidup pasti meriah!!!

10:49 pm  
Blogger AuntyN said...

ezza,

Cuba jangan tak cuba tau hehehe.

Terimakasih

1:37 pm  
Anonymous noor said...

Salam,

Terigin nak lihat gambar...spaghetti tu...mesti lazat sebab style kita kan

6:09 pm  
Blogger AuntyN said...

Noor

sorry, AN ni pemalas nak ambik gambar. Tapi YAKIN sedap hehehe.

9:57 am  
Blogger IdzaRis79 said...

huhuu..
i harini buat spagetti gak...

4:02 pm  
Blogger faiqah rosli said...

saya link kan blog ni kt fb, nk belaja masak spaghetti.. tenkiu! :D

7:48 pm  
Blogger ~m!z bLacKr0$e~ said...

my future m0m-in-law bru k0l td tnye cmne nk wat s0s sndri..pning jgk pale pk..auntyN pnyelmt dunia..!! haha..thnx2..mmg nk f0llow la bl0g ni after dis..hehe..

6:18 pm  
Blogger pQah said...

mohon copy ye...

3:00 pm  
Anonymous Anonymous said...

Hi there everyone, it's my first pay a visit at this website, and piece of writing is genuinely fruitful in favor of me, keep up posting these types of articles.

Also visit my webpage how to file for bankruptcy in florida

12:12 am  

Post a Comment

<< Home