Monday, October 29, 2007

Home made Char Koay Teaw

Bahan-Bahan

1 kg Koay Teaw
500 g Taugeh
200 g Sayur Kucai
1 kg Udang Basah (Sederhana atau Besar)
Isi kerang (jika ada)
100 g Cili kering
4 - 5 biji Bawang Putih
6 - 7 biji Bawang Merah
4 senduk Kicap Sotong (kicap ini boleh didapati dalam botol -diperbuat dari exctract sotong & ikan bilis)
4 senduk sos ikan
1/2 botol Sos Tiram
1 botol Kicap Cair
Telur
Minyak Masak
Garam

Cara-cara Menyediakan cili

1. Rendam atau rebus cili kering

2. Kisar bersama bawang putih & bawang merah

3. Rebus sehingga mendidih dan sedikit pekat

Cara Menyediakan Sos Kicap

1. Didihkan 1.5 liter air di dalam periuk.

2. Masukkan garam dalam air tadi

3. Masukkan sos tiram, kacau

4. Masukkan sos ikan dan kicap sotong.

5. Masukkan kicap cair

6. Tambahkan sedikit bahan perasa (jika suka)

Sos kicap yang lebih boleh di simpan dalam fridge untuk kegunaan beberapa kali gorengan lagi. Kalau nak gunakan untuk goreng mee goreng basah pun sedap jugak.

Penyedian Bahan-Bahan Char Koay Teaw

1. Kaoy Teaw dileraikan suapaya tidak melekat sesama sendiri. Jika perlu, gaulkan sedikit minyak masak kepada kaoy teaw tersebut. Biarkan di dalam bekas.

2. Udang, dibuang sesungutnya dan dipotong ekornya sedikit. Basuh dan masukkan ke dalam bekas.

3. Basuh telur, dan taugeh.

4. Kucai di basuh dan di potong lebih kurang 1 inci panjangnya.

5. Jika ada kerang buang kulit dan dibersihkan.

Cara Menggoreng

1. Panaskan 3 - 4 sudu minyak masak dengan api yang besar.

2. Masukkan 4 - 5 ekor udang (ikut sukalah kalau nak lebih tu) dan goreng sehingga udang masak. Kecilkan api.

3. Kaut minyak yang berlebihan dari dalam kuali. hanya biarkan lebih kurang 1 sudu sahaja bersama udang yang digoreng tadi.

4. Masukkan 2 sudu cili (jika suka pedas lebihkan cili)

5. Masukkan sedikit kuah kicap yang telah dicampur tadi. Goreng sehingga cili agak masak.

6. Masukkan kerang jika ada.

7. Masukkan taugeh, sayur kucai.

8. Masukkan 3 senduk sos kicap, besarkan api. Kacau, dan masukkan koay teaw.

7. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam kuali, kacau dan tutup api.

9. Kaut ke dalam pinggan.

10. Dah sedia untuk dimakan.

Bila dah cuba sila beritahu AN, sedap ke tak. Kalau buat business dengan resipi ini AN nak mintak royalti tau. Sepinggan 10 sen, bolehhh? Hehehe.

Selamat Mencuba.

Labels: