Wednesday, December 06, 2006

Kari Udang Dengan Kentang

Ni nak letak resipi lah dulu. kalau ada gambar nanti aku tampalkan kat sini. Bila senang-senang esok-esok tu aku akan cuba letakkan semua gambar kat resipi-resipi di sini.

Bahan-bahan

1/2 kilo udang besar atau sederhana besar
2 sudu serbuk rempah kari ikan (kari daging pun boleh kalau suka)
10 g kerisik (kalau suka - optional lah)
1/2 cawan santan pekat
3 biji ubi kentang
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1-2 tangkai daun kari
2 cawan air (kalau tak nak terlalu pekat lebihkan sikit air ni, atau kurangkan santan)
Garam secukup rasa
2 sudu minyak masak

Boleh jugak dimasukkan kacang panjang atau kacang buncis yang di potong lebih kurang 1 inci panjang.

Cara nak masak

1. Bersihkan udang, kalau tak buang kulit pun tak apa. Aku selalu potong kepala sedikit, ekor san kaki saja.
2. Panaskan minyak dalam periuk
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah dia potong halus serta daun kari.
4. Bila dah naik bau dan bawang dah kekuningan, masukkan serbuk kari ke dalam periuk. Masukkan sedikit air supaya rempah tak rentung.
5. Masukkan kerisik, kentang yang telah dikupas dan dipotong 4 atau 6. Kemudian masukkan garam.
6. Masukkan udang dan kacau.
7. Biarkan rempah mendidih dan menjadi pecah minyak sedikit.
8. Bila kentang dah agak empuk (lembut) masukkan santan dan air mengikut kepekatan yang disukai.
9. Perlahankan sedikit api dan kacau sehingga kuah mendidih.
10. Kalau nak masukkan kacang panjang/kacang buncis boleh dimasukkan selepas masukkan santan supaya sayur tak terlalu masak (overcooked)

Sedap dimakan dengan nasi biasa atau nasi kacang parfu. Nasi kacang parfu (dhall) ni aku ingat masa aku remaja dulu kalau aku ke Pulau Pinang rumah mak sedara aku breakfast dia selalu beli nasi kacang yang dibungkus dalam daun pisanag macam nasi lemak tu. Aku belum cuba buat lagi nasi ni. InsyaAllah aku akan cuba satu hari nanti.

Tuesday, December 05, 2006

Sayur Campur

Photobucket - Video and Image Hosting

Kami satu family suka sayur campur ni. Kalau masak ni sure ada yang akan meratah menghirup sup ni tanpa makan nasi. Ataupun ditambah saja nasi ke dalam sup tu.

Bahan-bahan

50 g sayur fucuk (soya beans strips yang kering tu)
30 g soh hun (tang hun bagi orang utara) atau glass noodles (kalau tak silap aku)
4-5 keping cendawan butang yang dikeringkan
4-5 keping cendawan hitam (black mushroom/fungus)
1 batang lobak merah
100 g Bunga kobis
1 packet jagung muda
Lain-lain sayuran yang suka untuk ditambah seperti celery, broccoli dan lain-lain
3 biji kentang
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji cili merah
6 ekor udang basah/udang kering
Serbuk lada putih
Garam
Kicap
Minyak masak
Air
Daun sup & daun bawang untuk hiasan

Cara-cara memasak

1. Rendam bahan-bahan kering (fucuk, cendawan butang, cendawan hitam, soh hun) sampai kembang. Kadang-kadang ada yang dijual dalam paket yang sudah bercampur semua sayuran ini.

2. Potong fucuk dan cendawan mengikut saiz yang anda suka, selalunya fucuk tu lebih kurang 1-2 inci panjang. Cendawan butang dipotong 2 atau 4 terpulang pasa saiz. Cendawan hitam pun di potong supaya tidak terlalu besar saiznya.

3. Panaskan 2 sudu makan minyak masak di dalam periuk

4. Hiris bawang merah dan bawang putih. Tumiskan bawang2 di dalam minyak panas sehingga kekuningan.

5. Masukkan udang basah yang telas dibuang kulit dan dibasuk bersih.

6. Masukkan air dalam setengah periuk. Masukkan garam, serbuk lada putih.

7. Kupas kulit ubi kentang, potong menjadi 4 atau 6 ( ikut saiz ) dan masukkan ke dalam periuk.Biarkan sebentar sehingga kentang sedikit empuk.

8. Masukkan fucuk yang telah kembang, cendawan, lobak merah, bunga kobis, jagung muda soh hun dan lain-lain sayuran yang ingin ditambah.

9. Potong cili merah dan masukkan ke dalam periuk sup.

10. Tambahkan 1-2 sudu kicap dan biarkan mendidih.

11. Bila ubi sudah empuk, dan kuah sudah mendidih, bolehlah diangkat. Taburkann hirisan daun sup/daun bawang ke atas sup.