Thursday, October 12, 2006

Gulai Belinjau

Photobucket - Video and Image Hosting

Ini kami orang utara panggil buah belinjau. Belinjau muda warna hijau macam ni lah. Kalau belinjau yang dah masak (tua) kulit luar tu warna merah, selaput tengah warna hitam dan biji dia warna putih. Belinjau tua selalu orang buat kerepek/keropok belinjau. Sekarang ni senang nak beli kerepek belinjau dari supermarket sebab banyak di import dari Indonesia.
Kat sini kalau jumpa belinjau muda macam ni kat Pasar Tani atau Pasar Malam, selalunya kami buat kari.

Bahan-bahan

Buah Belinjau (dalam RM 2 gitu saja)
3 sudu rempah kari ikan
4-5 ekor udang basah
1 biji bawang besar
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
3-4 cawan air (ikut kepekatan yang anda suka)
Garam secukup rasa

Untuk menumis darat

10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 sudu makan jintan manis
1/2 inci halia
2 tangkai daun kari
Sedikit minyak masak

Cara memasak

1. Buah belinjau dibelah 2 dan direndam dalam air.
2. Buang selapu yang warna putih yang keras di antara kulit dan biji buah belinjau.
3. Basuh dan masukkan ke dalam periuk seperti di bawah


Photobucket - Video and Image Hosting

4. Masukkan udang, serbuk kari, garam, daun kari, bawang besar yang di potong dadu dan sedikit air ke dalam periuk
5. Masak sehingga serbuk kari garing sedikit, dan nampak pecah minyak.
6. Masukkan santan dan air ke dalam periuk tadi dan masak sampai mendidih.
7. Selepas masukkan santan, kacau kari tu untuk mengelakkan dari santan berketul.
8. Bila kari sudah mendidih angkat dari dapur atau tutup api dapur.

Untuk menumis

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali
2. Hiris, bawang-bawang dan halia nipis-nipis
3. Goreng semua bahan-bahan menumis sehingga bawang kekuningan
4. Angkat dari dapur dan masukkan minyak yang panas bersama bahan gorengan ke dalam periuk kari
5. Tutup periuk.

Hasil akhir kari belinjau ni macam dalam gambar ni.

Photobucket - Video and Image Hosting

Selain dari belinjau, kari macam ni boleh dibuat dengan buah ramunggai, pisang muda dan nangka muda.