Friday, November 25, 2005

Chicken Chop

Dah lama betul tak upload resipi baru ni. Jadi ni nak bagi resipi slightly western. Ini resipi yang aku belajar oleh adik ipar aku, isteri adik aku yang bongsu sekali. Anak2 panggil MakSu Dah. Sekarang dia full time housewife, tapi pandai memasak ni. Ada dua jenis sos yang boleh dia "pasangkan" dengan chicken chop ini.

Chicken Chop

Bahan-bahan

Ayam yang telah dibuang tulang (deboned)
Tepung seasoning (NONA multipurpose seasoning flour) atau apa2 yang sewaktu dengannya.
Telur
Sebuk lada
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak

1. Seekor ayam dipotong besar (selalu aku suruh saja penjual ayam tu potong 6)
Potong sedikit pada tulang ayam dan dengan teliti hiriskan daging ayam dari tulang ayam tu. Tak pandai aku nak describe macam mana nak debone ayam ni. Mungkin boleh tengok kat website mana2.
2. Lepas ayam telah di debonekan, perap dengan serbuk lada dan sedikit garam.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit supaya bercampur telur merah dan putih.
4. Celupkan isi ayam tadi ke dalam telur.
5. Tepung seasoning tu tuang ke dalam piring.
6. Gulingkan isi ayam yang telah di celup ke dalam telur tadi ke dalam tepung seasoning.
7. Ratakan tepung seasoning ke atas isi ayam.
8. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak dengan api yang sederhana (takut isi ayam tak masak dengan betul kalau api kuat). Bila dah kekuningan warna chicken chop tu angkat dan letakkan kuah/sos sebelum di makan.

Sos Lada Hitam (Black pepper sauce)

Bahan-bahan

Sebotol sos lada hitam
Sedikit sos tiram (2 – 3 sudu)
Cendawan button (yang dalam tin)
Bawang besar
Cili hidup (kalau suka)
Sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara membuat sos.

1. Masukkan ½ botol sos lada hitam ke dalam periuk.
2. Masukkan air supaya tidak terlalu pekat. Kepekatan sos dan banyaknya air perlu di adjust sendiri sebab bergantung kepada kepekatan sos lada hitam.
3. Sos lada hitam dalamm botol tu rasanya sedikit masam2 jadi kalau tak suka masam2, kurangkan kuantiti sos dari botol (sorry, aku tak pandai nak bagi ukuran lada hitam kalau nak buat dari serbuk lada).
5. Potong mendadu bawang besar, cili hidup (optional sebab lada hitam dah pedas). Masukkan ke dalam periuk.
6. Cendawan dalam tin, di potong ikut suka besarnya. Kalau suka besar dihiris besar, tak pun boleh juga di dadukan kecil-kecil.
7. Masukkan semua bahan-bahan lain ke dalam periuk dan didihkan. Garam dan gula secukup rasa.


Sos Kacang Panggang (Baked Beans + Mix veggies)

Bahan-bahan

1 tin kacang panggang (Baked beans)
2 sudu cili kering yang diblend halus (dalam 4- 5 biji cili kering)
Mix veggie (kacang peas, jagung, karot dan lain-lain.
Garam dan gula secukup rasa.
Bawang besar
2- 3 sudu minyak masak

Cara membuat sos

1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam periuk.
2. Tumis paste cili kering sehingga agak garing.
3. Masukkan baked beans dari dalam tin tu.
4. Masukkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan bwang besar yang telah didadukan, serta mix veggies tu.
6. Didihkan dan boleh dah di sendukkan ke atas chicken chop.

Kecur dah air liur ni.. Minggu ni kena buat pulak lah agaknya ni…

Labels:

Tuesday, November 08, 2005

Kari Ayam

Bahan-bahan

1 ekor ayam (dipotong 12 atau 16 bergantung kepada size atau berat ayam)
3-4 sudu makan serbuk kari daging (aku selalu pakai brand BABA's)
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
1 - 2 inci kulit kayu manis
1 inci halia (dihiris halus)
3-4 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
2 biji ubi kentang
1 cawan santan pekat
3 cawan air atau lebih (ikut kepekatan yang disukai)
garam secukup rasa
Minyak masak

Cara Memasak
1. Ayam di basuh dengan tepung untuk menghilangkan bau hanyir.
2. Kupas bawang merah dan bawang putih
3. Potong nipis2 untuk menumis.
4. Halia juga dihiris nipis2
5. Panaskan minyak di dalam periuk
6. Tumiskan bawang, halia, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga. Kalau daun kari ada tumiskan sekali daun kari tu.
7. Bila dah bawang dah nampak garing dan naik bau.
8. Masukkan serbuk rempah kari ke dalam minyak. Kecilkan api, supaya serbuk kari tak hangit. kacau dan masukkan sedikit air (dalam setengah cawan)
9. Masukkan ubi kentang yang telah di kupas dan di potong empat atau enam (ikut saiz ubi)
10. Masukkan ayam ke dalam rempah tadi. Kacau supaya rempah jangan kering dan hangit. Biarkan begitu sampai rempah pecah minyak. Kalau rempah nampak terlalu kering tapi belum pecah minyak tu, masukkan sedikit lagi air.
11. Masukkan garam secukup rasa. Sedikit serbuk perasa kalau suka
12. Bila rempah dah pecah minyak dan ubi kentang serta ayam dah nampak empuk, masukkan santan dan air. Kacau supaya santan jangan berketul. Bila dah mendidih boleh lah angkat dari api.

Note :

1. Boleh juga masukkan sedikit kerisik kalau suka ke dalam rempah yang di tumis.
2. Kalau nak boleh juga masukkan buah tomato ke dalam kari tapi akan terasa masam sedikit kari tu.
3. Kalau tak ada santan, boleh tukar dengan susu cair atau air sahaja (kari tanpa santan tu)

Labels: