Friday, August 26, 2005

Ulam-ulaman

Image hosted by Photobucket.com
Daun Kunyit yang selalunya digunakan dalam rendang. Memberi bau harum dalam rendang. Menjadikan rasa ayam atau daging menjadi lebih enak rasanya. Daun kunyit tak di makan sebagai ulam, dimasukkan ke dalam makanan. Tapi kunyit tu ada yang buat ulam. Aku pernah hantar kat Malcolm (di UK), dia buat salad lagi. Kunyit hidup ada orang petua boleh ubatkan gastrik.

Image hosted by Photobucket.com
Daun kesum yang digunakan untuk laksa. Agak sama fungsi dengan daun kunyit dalam rendang, memberi aroma pada kuah laksa. Kurang pasti apakah fungsi lain daun kesum ni dalam masakan.

Image hosted by Photobucket.com
Yang kiri daun selom. Daun selom boleh dibuat sebagai ulam, di hiris dan di tabur ke dalam laksa atau dibuat kerabu,
Yang sebelah tu dipanggil kacang kelisa atau kacang botol. Boleh makan sebagai ulam atau dibuat kerabu.

Image hosted by Photobucket.com
Ini pucuk putat yang selalu orang tanya bila aku tulis aku buat ulam kat rumah. Ada yang pahit tapi yang kat rumah aku ni tak pahit, lemak-lemak kelat rasanya.

Image hosted by Photobucket.com
Kalau kat atas tu daun dan pucuk putat, ini buah dia. Yang dibuat ulam adalah yang muda sebab dia rapuh dan tak keras bersabut. Ada yang kelat ada yang lemak. Sedap dibuat ulam.

Image hosted by Photobucket.com
Pegaga banyak khasiat, elok untuk yang berpenyakit darah tinggi, awet muda jugak. Boleh dimakan sebagai ulam, dibuat kerabu atau di minum airnya (blend daun pegaga dan minum airnya) Sekarang dah ada jus pegaga secara komersil.

Image hosted by Photobucket.com
Ulam raja nama pokok ni. Aku tak berapa suka, tapi ramai yang suka. Rasa dia OK jugak tapi agak cengih baunya pada aku.

Image hosted by Photobucket.com
Daun kadok selalu orang bubuh sebagai salah satu daun dalam nasi kerabu yang original lah. Bentuknya macam daun sireh sikit, kadang-kadang orang-orang yang tak kenal daun ni akan tersalah anggap sebagai daun sireh.

Semua ulam-ulaman ni ada kat rumah aku. Buat masa aku post ni cuma daum selom dan kacang botol saja yang tak ada. Tapi ada satu masa ada kacang botol kat rumah ni. Kalau lebat tak termakan kami sekeluarga, jadi dibagi kat jiran-jiran dan sedara mara yang datang. Lagi satu yang femes kat rumah ni buah putat kami. Jiran-jiran suka, tapi sekarang pokok tak berapa besar dan baru saja berbuah. Lambat sikit nak boleh bagi kat sedara mara.

Tuesday, August 23, 2005

Bergedil Daging

Image hosted by Photobucket.com

Resipe ni aku belajar dari bibik, maid aku yang bernama Suwarti. Dia tinggal dengan kami dah lebih 10 tahun. Dia seorang sajalah Indon maid yang kami ada sejak dari mula. Anak-anak memang suka sangat bergedil terutama Kak Long. Baru ni aku buat bergedil ni dan hantarkan sikit kepada Kak Long melalui hubby yang ke KL.

Bahan-bahan

1 paket daging/ayam cincang (500 gram rasanya)
8 - 10 biji ubi kentang
bawang merah atau bawang besar di mayang dan di goreng
daun bawang
daun saderi
serbuk lada
garam secukup rasa
minyak untukmenggoreng

Cara membuat bergedil

1. Goreng daging cincang dengan sedikit minyak sehingga agak empuk
2. Kupas kulit ubi kentang, basuh dan potong bulat (tak payah terlalu nipis)
3. Goreng ubi kentangse hingga empuk.
4. Lenyekkan ubi kentang sehingga lumat.
5. Gaulkan ubi kentang yang di lenyek dengan daging cincang
(jika tidak menggunakkan daging cincang, boleh juga terus gunakan daging atau ayam segar. Potong kecil-kecil dan goreng sehingga empuk, kemudian lenyek atau tumbuk atau blend sedikit supaya hancur sedikit)
6. Hiris daun bawang dan daun saderi halus-halus dan campurkan sekali dengan daging dan kentang.
7. Bawang dimayang nipis dan dia goreng jugak. Campurkan sekali dengan campuran daging tadi.
8. Masukkan serbuk lada putih, garam secukup rasa.
9. Gentelkan menjadi bulat dan leper.
10. Pecahkan telur dalam mangkuk yang berasingan, kacau telur supaya kuning dan putih bercampur.
11. Celupkan gentelan bergedil tadi dan goreng dalam minyak panas.
12. Angkat bergedil apabila sudah nampak kuning keemasan. jangan sampai hangus pulak.

Dah siap untuk di makan bersama nasi atau cicah sos saja tu.

Thursday, August 18, 2005

Gulai (Kari) Parpu (Dhall) Dengan Telur

kopicino komen kat resipe Baked Beans pasal resipe gulai parpu ni. Aku dah lupa dah nak masukkan kat sini. Jadi ni aku copy dan paste dari blog resipe ni. Resipe ni rasanya, yang terawal sekali aku bubuh kat blog tu.

Bahan-bahan

100 g kacang parpu ( direndam sampai kembang)
2 sudu besar serbuk kari ikan
2 biji ubi kentang di kupas dan di potong
2 atau 4 (ikut sizenya)3 biji telur
2 cawan santan pekat
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
1/2 inci halia
2 biji bawang putih
2 tangkai daun kari (karapule kata orang utara)
Sedikit jintan manis
Garam secukup rasa

Cara memasak

1. Toskan parpu yang di rendam tadi.
2. Masukkan ke dalam periuk, campurkan serbuk kari ke dalam parpu.
3. Masukkan air ke dalam periuk (2 cawan) dan rebuskan parpu bercampur serbuk kari sehingga parpu betul-betul kembang
4. Masukkan setangkai daun kari ke dalam periuk rebusan. Masukkan garam dan serbuk perasa (jika suka).
5. Apabila parpu sudah agak kembang masukkan ubi kentang ke dalam rebusan parpu tadi.
6. Potong atau cincang bawang besar dan "campakkan" ke dalam periuk.
7. Apabila parpu sudah kembang (dah nampak pecah-pecah dah) masukkan santan pekat. Adjust kandungan kuah mengikut citarasa masing masing.
8. Masukkan sedikit lagi air untuk membuatkan kuah agak cair sedikit dan agak sejuk (tidak panas menggelegak)
9. Pecahkan telur ke dalam kuah tadi, sebiji demi sebiji. Jangan kacau kuah untuk mengelakkan dari telur menjadi hancur dan membuatkan kuah menjadi terlalu pekat.
10. Apabila sudah mendidih dan telur yang di masukkan sudah masak, tutup api dapur.

Cara-cara nak menumis kari

Cara ini di utara dipanggil tumisan darat - tomeh ataih daghat, kalau ikut loghat utara. Tak tau pulaklah kot mana mai term ni.Hiris bawang merah, bawang putih nipis-nipis. Halia di hiris halus memanjang.Panaskan minyak masak (3 atau 4 sudu). Lebih enak dan wangi sekiranya ditambah sedikit minyak sapi (ghee, marjerin atau butter).Goreng hirisan bawang, halia, jintan manis dan daun kari sehingga garing.Masukkan minyak yang mempunyai gorengan bawang tadi semuanya (dan panas-panas) ke dalam periuk kari parpu tadi.Tutup periuk kari sekejap.Dah boleh hidang dah kari ini untuk di makan bersam nasi atau roti canai atau roti paratha.Tambah enak kalau ada ikan masin goreng yang dimakan bersama kari ini.

Selamat mencuba. Kalau sedap beritahu kawan, kalau tak sedap diam je lah. OK?

Wednesday, August 17, 2005

Sup Tulang

Image hosted by Photobucket.com

Sup tulang atau sup ekor (panggilan orang Melayu) atau sup bontot (bagi orang Indon).

Whatever pun, sup ekoq (kata orang utagha) memang lah sedap dimakan.

Bahan-bahan

Image hosted by Photobucket.com
(Rempah ratus sup tulang)

2 kilo tulang atau ekor
1 bungkus rempah sup tulang Adabi

Tambahan sedikit lagi rempah ratus kepada rempah Adabi tu. Atau sekiranya tak ada sup bunjut atau sup tulang Adabi, boleh gunnakan rempah2 di bawah
cuma double kan "dose"nya.

1 inci kulit kayu manis (cinnamon)
1 bunga lawang (star annise)
1 biji buah pelaga
sedikit ketumbar
Sedikit lada hitam (atau serbuk lada hitam atau putih pun boleh jugak)
2 inci halia (ginger) yang di buang kulitnya dan di ketuk
1 labu bawang besar
Garam secukup rasa.

Untuk menumis

1 inci halia di potong halus
10 ulas bawang merah dia mayang nipis
3 - 4 ulas bawang putih
sedikit jintan manis

Cara nak masak

1. Rebus tulang yang telah di basuh.
2. Masukkan, rempah ratus yang tersebut di atas.
3. Masukkan halia yang di ketuk, bawang besar yang di mayang kecil seperti dadu-dadu kecil
4. Masukkan garam seukup rasa.
5. Kalau suka boleh lah masukkan kentang dan carrot yang di potong 4 atau 6.
6. Bila tulang dah empuk, dah cukup rasa kuah supnya, angkatlah dari dapur.
7. Tumis bawang merah, halia, bawang putih dan jintan manis.
8. Masukkan semua bahan-bahan yang di tumis bersama minyak panas yang dibuat menumis tu ke dalam periuk sup.
9. Hidangkan dengan menabur bawang goreng dan hirisan daun sup (saderi) & daun bawang.
10 Boleh di makan dengan roti atau nasi.

Senang sajakan?

Thursday, August 11, 2005

Laksa Penang

Amboi, lama nya dapur ni tak "berasap" ni. Jadi ni nak update sikit bubuh resipe baru. Hari tu cerita kat blog pasal Laksa, dah di mintak cara nak buat laksa Penang pulak. Rasanya laksa kat utara ni samada Penang, Kedah, Perlis dan Perak jugak mungkin sama saja cara masaknya. Mungkin ada sikit kelainan tu entah lah.

Laksa Penang

Bahan-bahan untuk kuah

1 kg ikan kembung (yang selalu digunakan lah)
10 tangkai cili kering
5 biji cili merah
5-6 ulas bawang merah
2-3 ulas bawang putih
Belacan (lebih kurang 100 -150 g)
8-10 keping asam keping (kalau suka masam tambah lah)
Daun Kesum
1 tangkai bunga kantan

Untuk Laksa Beras.

1 packet tepung beras
Air panas yang mendidih

Untuk Hiasan

Timun dihiris nipis dan halus
Daun selom yang dihiris halus jugak
Telur ayam yang siap direbus (kalau suka)
Daun Pudina
Hirisan bunga kantan bahagian bunga
Nenas yang juga dia potong
Bawang besar yang di potong halus

Cara nak masak kuah laksa

1. Ikan kembung dicuci dan di rebus. (Selalunya tak payah lah buang kepala dan ekor semasa merebus)
2. Bila sudah mendidih, angkat dari api.
3. Toskan ikan di dalam penapis (air rebusan jangan buang, biarkan sejuk)
4. Asingkan isi ikan dan tulang.
5. Lenyek sedikit isi ikan supaya halus sedikit tidak berketul terlalu besar.
6. Masukkan cili, bawang dan belacan ke dalam blender, masukkan air rebusan ikan. Blend sehingga lumat.
7. Selepas itu, blend tulang ikan yang diasingkan dari isi ikan tadi.
8. Masukkan campuran cili yang di blend ke dalam periuk, masukkan isi ikan yang di lenyek de dalam periuk yang sama.
9. Tapis tulang yang di blender masuk ke dalam periuk yang sama, masukkan lebihan air rebusan ikan (jika masih ada)
10. Adjust kepekatan kuah ikut suka sendiri.
11. Masukkan bunga kantan yang telah di belah 2, bersama batang sekali.
12.. Masukkan asam keping, daun kesum serta garam secukup rasa.
13. Didihkan kuah laksa sehingga mencapai kepekatan atau rasa yang diingini.

Untuk laksa

1. Kalau pakai laksa yang dalam packet tu, rendam laksa sampai lembut.
2. Rebus sehingga empuk.

Laksa beras

1. Tepung beras dicampur dengan air panas yang baru mendidih sedikit demi sedikit.
2. Gaul air dan tepung sampai menjadi doh (jangan terlalu keras jangan terlalu lembik sehingga tidak boleh di tekan dari acuan)
3. Didihkan air di dalam periuk.
4. Apabila air sedang mendidih, tekan doh laksa terus ke dalam air yang sedang mendidih itu.
5. Acuan untuk membuat laksa ni boleh di beli di kedai (macam yang buat cendol tu). Dibuat dari gangsa atau tembaga kalau tak silap. Atau pun tebuk tin susu yang kosong, ikut suka lobang besar mana, gunakan kayu atau sesuatu yang boleh dia buat tempat menekan doh laksa dari dalam tin yang di tebuk ke dalam air.
6. Lagi satu cara yang paling senang - pergi beli di pasar laksa beras yang dah siap

Untuk hiasan

Setelah kuah siap, laksa di masukkan ke dalam mangkuk, sendukkan kuah ke atas laksa dan taburkan, segala merga sayur-sayuran yang telah di sediakan.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera.